DAP Bercakap Tentang Autonomi Sedangkan Mereka Juga Tidak Autonomi Dari DAP Pusat

Apa yang ditulis oleh Megat Ibrahim hari ini, “Kenapa Melayu lebih rela mengundi Barisan Nasional yang diketuai UMNO berbanding Pakatan yang diketuai DAP”, adalah sesuatu yang kita semua telah cuba untuk beritahu DAP selama 20 tahun. Masalahnya, adalah sangat sukar untuk seseorang yang bodoh sombong untuk mendengar kerana sifat orang macam ini adalah dia akan cakap ‘anda tidak tahu apa-apa’. http://www.malaysia-today.net/why-malays-would-rather-vote-for-an-umno-led-barisan-than-a-dap-dominated-pakatan/

Pada tahun 1995, apabila internet mula sampai di Malaysia (menjelang tahun 1999, jumlah pengguna internet baru mencecah 280,000 di Malaysia). Saya telah menyertai satu group chat mendiang MGG Pillai. Group chat ini diuruskan oleh seseorang yang bernama Bala, yang saya fikir menetap di Australia.

Group chat ini didominasi oleh oleh orang Cina yang menyokong DAP – dan mereka tidak berahsia mengenainya – Menurut MGG, beberapa dari mereka sememangnya tinggal dan membuat perniagaan di Australia dan New Zealand. Jadi mereka merupakan sebahagian dari sejuta rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara. Majoritinya, sudah tentu bukan melayu.

Apapun, akhirnya saya meninggalkan group chat tersebut, kerana saya tidak lagi boleh menerima kutukan terhadap Melayu dan Islam. Ianya begitu teruk. Saya cuba sedaya upaya untuk menerima dan bertoleransi dan bersabar menjelaskan isu dan menjelaskan apa yang mereka cakap adalah tidak benar. Tapi apa yang saya jelaskan hanyalah mencurahkan air ke daun keladi. Tiada kesan langsung.

MGG dan saya kerap bertemu pada satu ketika, kadang-kadang bersama dengan Dato Azmi Hamid Bidin, seorang rakan kami dan kami akan membincangkan perkara ini. Dan kesimpulan yang kami dapat adalah kebencian penyokong DAP terhadap orang Melayu dan Islam adalah terlalu mendalam dan mustahil untuk dipadamkan. Dan kebencian ini yang membutakan mereka kepada kebenaran dan apa sahaja yang anda cakap tidak akan dipercayai.

Ambil isu PAS bertemu dengan UMNO sebagai contoh. DAP telah pun mengisytiharkan PAS sebagai musuh dan mereka menyertai satu gabungan baru iaitu Pakatan Harapan untuk menggantikan Pakatan Rakyat. Dan PAS tidak dijemput untuk menyertai Pakatan baru ini.

Tetapi apabila PAS bertemu dengan UMNO mereka menyumpah seranah PAS dan memanggil mereka pengkhianat. Mereka juga mencaci Presiden PAS Abdul Hadi Awang dengan pelbagai nama yang jijik. Memandangkan DAP telah menceraikan PAS dan mengisytiharkan PAS sebagai musuh, bagaimana pula PAS menjadi pengkhianat kerana bercakap dengan UMNO?

Maksud saya, anda telah menceraikan isteri anda dan berkahwin lain dan bila bekas isteri anda keluar dengan lelaki lain, anda jerit curang. Apa kenalah dengan DAP hari ini? Dan Tony Pua begitu berani memanggil Hadi tiada otak? Dan ini merupakan bakal Menteri Kewangan Malaysia jika Pakatan mengambil alih Putrajaya nanti?

Tambahan pula, orang-orang PKR dan Amanah telah mengaturkan satu mesyuarat dengan UMNO di London pada Disember 2013 dan Anwar Ibrahim secara sendirinya memohon Hadi untuk menghadiri mesyuarat itu. Walaubagaimanapun, Hadi, yang kebetulan berada di London ketika itu, enggan menghadiri mesyuarat tersebut.

Tetapi DAP tidak pula menyebut mengenai perkara ini. Berbunyi pun tidak. Tetapi mereka terus-terusan menyerang PAS/Hadi kerana bercakap dengan UMNO sedangkan perkara itu tiada kaitan dengan mereka. Sekarang anda boleh lihat bagaimana otak mereka berfungsi.

Ambil Langkah Kajang sebagai contoh. Mereka terus-terusan menggunakan hujah yang doktrin Pakatan adalah ‘Setuju untuk tidak setuju’. Tetapi apabila PAS tidak bersetuju dengan Langkah Kajang, mereka merancang untuk menyingkirkan Hadi supaya boleh digantikan dengan pemimpin yang mesra DAP seperti Mat Sabu.

Inilah masalahnya jika anda dibutakan oleh kebencian – iaitu kebencian terhadap Melayu dan Islam. Anda akan menjadi tidak mampu berfikir. Apabila anda berbual dengan orang Cina penyokong DAP, ia bagaikan bercakap dengan orang gila. Apa yang mereka cakap semua tak logik.

Anda juga mungkin boleh bercakap dengan penyokong IS, ISIS atau Islamic State. Sama sahaja dengan penyokong DAP. Sama ada DAP, IS, ISIS atau Islamic State, sama sahaja. Mereka semua dibutakan kebencian hingga ke tahap yang bodoh.

DAP Sarawak berkata mereka mahukan negeri yang berautonomi, yang bebas dari kawalan kerajaan persekutuan. Ia mengakui yang Sarawak ada beberapa autonomi tetapi berkata ianya tidak mencukupi kerana ianya hanya autonomi pentadbiran, bukan autonomi tulen.

Itulah dia. Selepas memecahbelahkan PAS, dan cuba memecahbelahkan UMNO, dan sekarang cuba memecahbelahkan Malaysia. DAP mahukan Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang bebas seperti Singapura. Dan mereka tertanya mengapa orang Melayu takut dengan DAP.

Lebih penting, ketika DAP Sarawak berpura-pura berjuang menuntut autonomi tulen, apa sahaja maksudnya itu, itu tidak bermaksud DAP Sarawak adalah autonomi dari DAP Pusat. Kenyataan dan deklarasi yang dibuat pula mesti datang DAP Pusat dan ditentukan oleh DAP Pusat.

Sebelum DAP Sarawak bercakap mengenai autnomi tulen, mereka mesti memastikan yang mereka sendiri adalah autonomi dari DAP Pusat. Pemimpin DAP Sarawak hampir tiada autonomi malah kerusi yang mereka akan tandingi pada pilihanraya negeri akan datang, termasuk calon yang akan ditampilkan, ditetapkan oleh DAP Pusat.

Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/dap-is-its-own-worst-enemy/