DAP Dan PKR Mahu Mengaku Atau Tidak Yang Mereka Terima Dana Amerika

Adakah anda betul-betul harapkan yang kerajaan Arab Saudi akan mengeluarkan kenyataan rasmi yang mereka secara rasmi membiayai Najib dan BN untuk menghalang Arab Spring dari merebak ke Malaysia (melalui Malaysia Spring angkara pembangkang) dengan mengekalkan kerajaan sedia ada melalui pilihanraya, menentang ekstremis dan usaha menantang keganasan?

Adakah anda juga mengharapkan kenyataan yang sama dari Amerika, yang akan berkata unit sulit CIA iaitu NED telah membiayai dan melatih pembangkang selama bertahun-tahun untuk menentang kerajaan?

Atau DAP dan PKR akan membuat kenyataan rasmi mengakui mereka menerima dana dari Amerika dan sekutu mereka untuk menumbangkan kerajaan?

Sudah tentu tidak.

Nampaknya kenyataan Menteri Luar Saudi adalah untuk memberitahu 2 mesej penting kepada dunia:

1) Benar, Saudi mengesahkan yang wang tersebut disalurkan dari Arab Saudi kepada Najib. Najib dan SPRM, Zahid dan AG tidak menipu apabila mengatakan wang tersebut dari Saudi dan bukan dari 1MDB.

2) Benar, Saudi bersetuju dengan kenyataan Peguam Negara Malaysia yang tiada salahlaku dilakukan Najib dan mereka bersetuju dengan keputusan Peguam Negara.

Itu adalah 2 mesej penting yang Menteri Luar Saudi mahu disampaikan.

Sama ada wang tersebut adalah derma atau pelaburan adalah perkara kedua, dan kemungkinan adalah satu alasan dari Saudi untuk memindahkan wang tersebut ke dalam akaun Najib. Kerana mereka tidak boleh sewenang-wenangnya berkata itu adalah derma.

Anda juga semestinya tidak akan berharap CIA, NED, DAP, PKR dan Amerika serta sekutu mereka untuk membuat pengakuan terbuka sebegini yang mereka membiayai pihak-pihak tertentu di Malaysia selama bertahun-tahun walaupun terdapat bukti yang mengatakan sedemikian, bukan?

Ini adalah artikel di dalam NYT yang bertajuk ‘US Groups Helped Nurture Arab Uprisings’: http://www.nytimes.com/2011/04/15/world/15aid.html?pagewanted=all&_r=0

Adakah anda fikir yang kerajaan Amerika akan mengeluarkan kenyataan yang akan mengesahkan, “Benar, kami membantu mereka menggulingkan kerajaan mereka”?

Walaupun Menteri Luar Arab tidak perlu memberikan komen mengenai keputusan AG untuk membersihkan Najib, mereka memilih untuk melakukan demikian untuk membantu membersihkan nama Najib dan tuduhan mengenai 1MDB ke atas beliau.

Menteri tersebut tidak menafikan atau menggentam Malaysia yang mengatakan wang tersebut datangnya dari keluarga diraja Arab Saudi.

Beliau juga mengesahkan wang tersebut datang dari Arab Saudi tetapi memanggilnya sebagai sumbangan peribadi dan pelaburan, bukan derma.

Kedua-dua SPRM dan AG telah mengesahkan beberapa kali yang ‘RM2.6 bilion’ itu datang dari penderma dari Timur Tengah, bukannya dari 1MDB.

SPRM dan AG perlu menyatakan ini secara jelas kerana mereka tertakluk untuk menyatakan apa hasil siasatan mereka.

Saudi tidak perlu mengeluarkan kenyataan sedemikian dan sudah tentu tidak boleh mengatakan ianya derma rasmi dari kerajaan atau keluarga diraja.

Sebagai menteri, beliau sudah tentu tidak boleh berkata secara rasmi yang kerajaan Arab Saudi telah membiayai Najib secara langsung untuk kekal berkuasa, untuk menghalang Arab Spring di Malaysia dan menentang keganasan.

Di dalam dunia geo politik ini, adalah sukar untuk kerajaan Saudi berkata apa yang sepatutnya.

Tolong faham keadaan ini.