Dr Mahathir Lebih Mengutamakan Langkawi Daripada Daerah Lain

Dr Mahathir adalah ahli politik veteran dan beliau melihat pemecatan anak beliau adalah satu langkah yang akan memperlahankan serangan beliau. Kedua-dua anak dan bapa telah diatasi di dalam satu langkah.

Apa yang lebih penting, adalah tiada apa yang boleh beliau katakan kerana beliau pernah melakukan perkara yang sama di Kedah ketika beliau bergelar Perdana Menteri.

Krisis di Kedah tidaklah seteruk krisis di Perak. Dan ianya tidak kontroversi dan kotor seperti Selangor. Tetapi ianya tetap menarik kerana nama dan keluarga yang terlibat.

Tetapi serangan di Kedah pastinya memalukan Dr Mahathir kerana ia mengesahkan apa yang telah diketahui ramai di dalam UMNO – Dr M tiada pengaruh di dalam politik UMNO Kedah.

Dr Mahathir tidak pernah mempunyai hubungan yang baik di negeri beliau. Pada tahun 2006, yang ketika itu menentang Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau telah bertanding di divisyen lamanya, Kubang Pasu untuk menjadi delegasi perhimpunan Agung UMNO. Beliau kalah kepada calon yang kurang dikenali.

Sebelum itu, pada tahun 2004, Mukhriz cuba menumpang populariti ayahnya di Kubang Pasu, kalah pemilihan Ketua Pemuda bahagian.

Orang Kedah bangga dengan mantan Perdana Menteri tersebut tetapi kecewa kerana beliau tidak membuat yang lebih baik untuk Kedah.

Menurut Taufik, tiada konsistensi di dalam pentadbiran di Kedah walaupun terdapat 2 orang perdana menteri dari negeri tersebut.

“Ibu negeri memberikan petunjuk kejayaan kerajaan. Tetapi Alor Setar maju dengan begitu perlahan dan tidak menarik banyak perhatian, walaupun pada zaman Mahathir,” beritahu Tawfik.

Orang Kedah pernah mengadu yang Dr Mahathir lebih mengutamakan Langkawi daripada daerah lain di negeri itu.

Majlis Pemangku Sultan Kedah turut merasakan tempiasnya tetapi kakitangan awam negeri berkata badan diraja itu berpegang kepada perlembagaan dan melaksanakan amanah dengan telus. Apa yang berlaku di Kedah menunjukkan penyandang jawatan adalah sangat penting di dalam politik Melayu. Mereka yang ada jawatan yang menentukan rentak permainan.

Magik Mahathir tidak lagi berkesan. Antara faktornya adalah beliau bukan lagi perdana menteri, tiada kedudukan di dalam parti dan tidak lagi menentukan segalanya.

Sebahagian lagi adalah disebabkan serangan beliau ke atas Najib. Seorang penyelidik Dr. Azmi Omar menegaskan, setiap tuduhan yang dilemparkan kepada Najib, beliau turut melakukan perkara yang sama dahulu dan lebih teruk, seperti penggunaan undang-undang keras, kerugian kewangan, kronisme, dan pemecatan timbalan perdana menteri.

“Kita masih tertanya-tanya, apa motif sebenar serangan berterusan dari Dr Mahathir. Adakah benar disebabkan oleh 1MDB atau mengenai ego? Pentadbiran beliau sendiri lebih banyak kontroversi, lebih banyak isu besar tetapi ketika itu tiada media sosial untuk mendedahkannya,” ujar Dr Azmi.

Serangan tersebut telah merosakkan imej Najib dengan teruk, terutamanya dalam kalangan kelas pertengahan bandar. Tetapi, 22 tahun Dr Mahathir sebagai pemimpin nombor 1 bukanlah satu tempoh yang gemilang tanpa cacat cela. Ianya campuran baik, buruk dan teruk.

Ramai rakyat Malaysia bersedia untuk melupakan yang buruk dan teruk itu, tetapi serangan beliau terhadap Najib telah mengingatkan kembali mereka segala memori silam dan kisah suram.

Dr Mahathir tidak boleh mengumpul kekuatan untuk berdiri di belakang beliau, momentumnya memang tiada kerana ianya tidak ubah seperti menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri.

Hampir setiap tuduhan yang beliau lemparkan mengingatkan orang ramai mengenai ksiah silam beliau. Legasi beliau sendiri telah tercalar.

“Beliau pernah mengingatkan orang ramai untuk tidak selama-lamanya memegang jawatan. Petua kesihatan beliau adalah berhenti makan sebelum kenyang. Sekarang beliau sendiri yang menentang kesemua prinsip beliau itu,” kata Dr Azmi.

Episod di Kedah ini turut mendedahkan prinsip double standard pembangkang. Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengarahkan kesemua Adun Pembangkang di Kedah mendesak sidang tergempar untuk mengundi mengenai isu ini.

Tapi, apabila parti beliau mahu menggulingkan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor, beliau tidak rela memanggil sidang tergempar tetapi menggunakan cara akuan bersumpah.

Ironinya, 6 tahun pertama Najib sebagai Perdana Menteri mempunyai banyak persamaan dengan 6 tahun pertama Dr Mahathir.

“Mahathir mempunyai banyak masalah tetapi selepas beliau menang pemilihan UMNO 1987 , beliau telah membersihkan parti dari musuh beliau. Kita masih lagi merasakan kesannya sampai sekarang. Halatuju UMNO pastinya berbeza jika kita mengikut jejak langkah pengasas-pengasas parti,” ujar Tawfik.

Najib, tambah beliau, sedang melakukan perkara yang sama, menyingkirkan para penentangnya.

Najib sememangnya menggunakan segala apa yang pernah dilakukan oleh Dr Mahathir tetapi setelah apa yang terjadi di Kedah, nampaknya anak murid telah menjadikan ajaran guru sebagai satu seni yang tersendiri.

Apa yang terjadi di Kedah ini adalah bukti pengaruh Najib terhadap Ketua UMNO Bahagian dan kesetiaan mereka terhadap kepimpinan beliau.

Menjelang sekarang, kebanyakan orang di dalam UMNO percaya yang Dr Mahathir tidak akan berhenti selagi beliau tidak menumbangkan UMNO. Apa yang beliau lakukan begitu diterima baik oleh pembangkang sehinggakan Ahli Parlimen DAP dari Johor mengajak beliau menyertai pembangkang.

“Anaknya telah dipecat, beliau tiada apa lagi untuk dirugikan. Beliau boleh menyerang habis-habisan selepas ini. Awalnya mantra beliau adalah negara akan bangkrap kerana 1MDB. Selepas ini, beliau akan kata BN akan kalah pilihanraya umum. Apa sahaja yang teruk, beliau pasti akan ada,” ujar Dr Azmi.

Beliau terus mencari isu 1MDB dan bergantung kepada Sarawak Report yang kredibiliti semakin rosak.

“Tiada apa yang akan memuaskan hati beliau. Saya fikir UMNO akan terus bertolak ansur dengan beliau walaupun beliau tidak lagi akan diberikan sebarang perhatian. Inilah cara Melayu. Kita tidak hantar mereka ke rumah orang tua. Kita hiburkan mereka, berceloteh dengan mereka, bawa mereka jalan-jalan dan makan dengan mereka,” ujar Tawfik.

Oleh Joceline Tan,
http://www.thestar.com.my/opinion/columnists/analysis/2016/02/07/striking-at-dr-ms-heartland/