FinanceAsia Adalah Kontraktor Media BBC Dahulu, Bukan Badan Sahih Untuk Beri Merit Pengurusan Kewangan

Laporan Penarafan Menteri Kewangan Financeasia.

1. Media sosial dihebohkan dgn Laporan Penarafan Menteri Kewangan Asia yang menarafkan PM Najib Razak sebagai Menteri Kewangan terburuk.

Laman web penerbitan FinanceAsia milik Haymarket Ltd yang dimiliki oleh bekas Timbalan PM Britain di bawah pentadbiran John Major adalah kontraktor media kepada BBC dahulu.

2. FinanceAsia bukan satu badan berkanun ataupun bertaraf autoritatif, malah laporan dan kajian mereka tidak pun disahkan oleh mana-mana badan berkanun mahupun universiti yang berwibawa.

FinanceAsia bukan pun satu entiti yang berkepakaran dalam bidang kewangan.

Kepakaran dan fungsi utama perniagaan Haymarket Ltd yang memiliki website FinanceAsia adalah AKTIVITI MEDIA .

Rekod perniagaan aktif FinanceAsia dan pemiliknya iaitu Haymarket ltd yang dimiliki oleh Michael Helstine adalah:

a) Perkhidmatan Media Politik

b) Perkhidmatan Media Komersial

3. Oleh itu, apa jua penarafan yang dibuat oleh FinanceAsia TIDAK ADA MERITOKRASI atau pun KREDIBILITI.

Standard laporan penarafan syarikat MEDIA POLITIK ini hanya bertaraf artikel majalah yang TIDAK DISAHKAN KEWIBAWAANNYA dan TIDAK DIIKTIRAF KETULENAN KAJIANNYA.

4. Agak pelik apabila FinanAsia tidak melibatkan atau pun sertakan method kajian mereka dan juga asas penarafan yang mereka gunakan.

Tidak dapat disahkan setakat ini, laporan penarafan itu bersandarkan indeks yang sahih dan tulen dan diiktiraf.

Laporan penarafan FinanceAsia ke atas Menteri Kewangan Malaysia jelas dipacu dan bersandarkan LAPORAN POLITIK DARIPADA MAJALAH.

5. Dunia kewangan global maklum akan KERUGIAN USD40 bilion syarikat GLC Singapura iaitu Temasek Holding yang diterajui oleh isteri PM Singapura dan kerugian tersebut adalah terbesar dalam mana-mana sejarah kewangan negara dalam Asia.

Tidak ada rekod Malaysia mengalami kerugian sebesar itu.

Begitu juga dengan jumlah hutang negara Singapura yang berjumlah trilion USD berbanding hutang Malaysia hanya USD150 bilion.

PERSOALANNYA :

a) Apakah faktor indeks kewangan Singapura berada dalam bahan kajiselidik FinanceAsia apabila mereka membuat rumusan berkaitan pencapaian Menteri Kewangan dalam Asia?

b) Apakah FinanceAsia membuat analisis dan rumusan laporannya dengan mengambilkira indeks kewangan Singapura yang jelas lebih buruk daripada Malaysia?

Tepuk Pokok Tanya Beruk.

Oleh Tun Maharezza,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1077677888949329&set=a.265670286816764.78762.100001213849444&type=3&theater