Ganja Menenangkan? Al-Quran Juga Menenangkan diri.

1. Pertama sekali ingin saya nyatakan, ini adalah tulisan bersifat akademik. Tiada “conflict of interest” atau sebagainya. Saya bercakap atas kapasiti seorang pengamal perubatan.

2. Marijuana atau cannabis adalah perkataan yang sering digunakan untuk merujuk kepada ganja. Namun, perkataan ganja menjadi satu stigma di kalangan masyarakat kita. Dan hari ini saya ingin perbetulkan stigma masyarakat tentang ganja.

3. Penggunaan cannabis ini ada 2 kaedah. Pertama ianya digunakan untuk rawatan (therapeutic). Kedua ianya digunakan sekadar seronok-seronok. Saya tak berminat untuk memperkatakan tentang penggunaan secara sosial dan tak bertanggungjawab. Saya cuma ingin katakan dari sudut rawatan.

4. Untuk pengetahuan kalian, penggunaan cannabis sebagai tujuan rawatan (therapeutic purposes) mula berkembang sejak tahun 1990 di Europe dan US. Malangnya, dengan kemunculan opioids (Morfin, methadone, Buprenorphine dll) – new synthetic drug, maka penggunaan medical cannabis menjadi tidak popular.

5. Menarik lagi, di bawah “International Narcotics Control System and Classified in Schedule I of the Single Convention in 1961”, cannabis telah diklasifikasikan sebagai “limited medical value but high potential for abuse”.

6. Dalam era kini, penggunaan cannabis kembali diperhangatkan terutama dalam rawatan “pain management” dan cancer. Ada article mengatakan bahawa medical cannabis adalah sedikit lebih baik dari opioid dalam kawalan chronic pain. Terdapat teori mengatakan bahawa, pengambilan opioid yang masuk ke dalam pembuluh darah akan pergi ke otak dan bertindakbalas dengan reseptor opioid di otak. Maka pesakit hilang rasa kesakitan. Dan menurut mereka, penggunaan secara berterusan menyebabkan reseptor-reseptor ini rosak dan pesakit merasakan kesan ubat berkenaan tidak sama di peringkat awal. Akibat dari itu, pesakit akan menambah dose ubat berkenaan semata-mata inginkan kesan yang sama. Akhirnya, dose yang berlebihan mendedahkan pesakit kepada risiko kematian.

7. Lebih memeranjatkan, ada juga kajian mengatakan bahawa medical cannabis banyak membantu pesakit-pesakit kanser dan juga HIV. Kita sedia maklum bahawa pesakit-pesakit chronic illness ini menghadapi kekurangan dalam selera makan (loss of appetide) & kerap loya dan muntah. Dengan pengambilan medical cannabis sebagai alternatif kepada opioid, pesakit-pesakit kanser kembali mempunyai selera makan yg lebih baik dan juga tiada lagi loya dan muntah. Namun kajian-kajian ini masih peringkat awal dan pada skala yang kecil.

8. Terdapat article mengatakan bahawa cannabis mampu membunuh sel-sel kanser. Secara teorinya ada benarnya. Namun harus sedar, ianya bukan hanya membunuh sel-sel kanser sahaja, ianya juga membunuh sel-sel normal terutama di otak serta merosakkan sel-sel sperma dan mengubah struktur sperma.

9. Saya bukan memiliki pengalaman luas dalam berurusan pesakit-pesakit yang menggunakan ganja ini. Namun dari pemerhatian saya yang amat sedikit melalui pemeriksaan CT scan dan MRI, pesakit-pesakit yang menggunakan ganja secara chronic mempunyai otak yang kecut (brain atrophy). Mungkin ini yang menyebabkan pengguna-pengguna ganja menjadi tidak fokus dan tidak bermotivasi dalam aktiviti harian.

10. Maka, mengapa penggunaan cannabis tidak diperluaskan? Tahukah anda bahawa marijuana smoke boleh menyebabkan kanser 50% – 70% lebih tinggi risiko berbanding perokok biasa? Tahukah anda bahawa, marijuana smoke juga boleh merosakkan paru-paru 5 kali ganda berbanding perokok biasa? Tahukah anda bahawa pengambilan cannabis ini akan mengganggu struktur sel dan juga menyebabkan severe hereditary defects seperti birth defect dan mental disorder bagi kanak-kanak? Kanak-kanak yang lahir dari ibu yang mengambil cannabis juga menghadapi permasalahan dalam perkembangan otak. Malah kanak-kanak ini juga mengalami risiko leukaemia.

11. Jika lihat orang dewasa yang mengambil cannabis secara berleluasa ini didapati seorang yang mudah lupa, mudah rasa panik, kadar degupan jantung makin laju dan seterusnya menyebabkan memiliki risiko penyakit jantung, disorientated dan sukar untuk tidur.

12. Namun kenapa ada negara yang menghalalkan penggunaan cannabis sebagai rawatan? Walaupun mereka benarkan, namun medical cannabis masih tertakluk di bawah perundangan yang ketat (strictly regulated system). Di Amerika, tak semua negeri dibenarkan menggunakan medical cannabis sebagai rawatan. Malah tak semua doktor yang boleh prescribed. Lebih menarik, penggunaan medical cannabis adalah sebagai trial (percubaan). Dan ubatan yg berasaskan cannabis adalah strongly limited di negara-negara ini.

13. Terdapat kajian menarik dari tahun 1990 tentang penggunaan medical cannabis. Dan kajian ini dapati bahawa hampir kesemua negara yang membenarkan penggunaan cannabis, lebih 50% – 60% doktor tak mengsyorkan pengambilan medical cannabis dan pesakit juga tak demand terhadap ubat ini. Jadi kenapa kita perlu beria-ia mahu kerajaan gugurkan undang-undang untuk menghalang penggunaan ganja?


KESIMPULAN

1. Ramai yang salah faham. Dunia bicara tentang penggunaan ganja untuk rawatan. Tetapi “mereka” bicara untuk keseronokan dengan menggunakan alasan kesihatan.

2. Belum ada kajian yang kukuh dan luas tentang penggunaan medical cannabis untuk pain management. Dan banyak kajian bahawa opioid adalah yang terbaik. Di Malaysia, kita guna opioid untuk merawat pesakit ketagihan ganja.

3. Synthetic drug seperti opioid agak sukar didapati oleh orang awam. Sebaliknya non synthetic drug seperti ganja mudah diperolehi. Mereka hanya perlu tanam di belakang rumah. Dan ganja ini boleh digunakan dalam rokok mahupun vape. Dan jika kalian perasan, golongan yang mahu ganja menjadi “halal” adalah dari mereka yang memperjuangkan vape (sebilangan kecil).

4. Walaupun ada negara yang membenarkan penggunaan medical cannabis, mereka menghadapi masalah antara perundangan secara legal dan illegal. Ianya bertindih. Jika dihalalkan penggunaan ganja, akan ramai yang menyalahgunakan perundangan ini untuk merosakkan diri. Apapun, negara-negara tersebut masih mengambil polisi yang ketat terhadap penggunaan ganja sebagai rawatan.

5. Ganja boleh kurangkan kos sara hidup dan membantu ketenangan adalah teori yang agak pelik. Kita ada banyak ubat penenang yang lebih selamat berbanding ganja. Dan ubat ini juga kita guna untuk merawat pesakit ketagihan ganja. Kita juga ada Al-Quran yang boleh menenangkan kita. Malangnya kita tidak addict terhadap Al Quran. Kita tetap mahu ganja. Kurang mengerti.

6. Ada sesetengah pihak cuba mengaitkan dengan TPPA. Ianya adalah untuk medical cannabis. Dan undang-undang Malaysia menghalang penggunaan cannabis. Maka, ianya tiada kena mengena langsung. Malah, negara yang seperti Amerika dan Australia juga begitu ketat mengawal penggunaan medical cannabis. Jadi usah salah faham antara penggunaan secara rawatan dengan penggunaan secara suka-suka.

Oleh Dr Aznil Hisham,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=576852745815117&set=a.101594550007608.3999.100004711893521&type=3