Isytihar Dividen Oleh Tabung Haji Adalah Prosedur Biasa Tidak Melangkaui Undang-Undang

KENYATAAN AKHBAR OLEH KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH LEMBAGA TABUNG HAJI.

Merujuk kepada laporan media mengenai keupayaan Lembaga Tabung Haji (LTH) untuk membayar dividen kepada pendepositnya dan mengaitkan dengan semakan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara (JAN), JAN ingin memaklumkan semakan yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara sebelum dividen diisytihar oleh LTH adalah merupakan satu amalan biasa bagi memastikan polisi perakaunan yang diguna pakai oleh LTH adalah konsisten dan mematuhi konsep berhemat (prudence).

Berdasarkan semakan terhadap penyata pendapatan LTH bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dan maklumat interim yang diterima, adalah didapati LTH mampu membuat pembayaran dividen kepada pendepositnya. Penetapan kadar dividen Lembaga Tabung Haji tahun 2015 adalah di bawah tanggungjawab Ahli Lembaga Pengarah LTH.

Ketua Audit Negara
3 Febuari 2016.