Kerajaan Dengar Suara Rakyat, Kini Kapitalis Yang Banyak Bunyi

Keputusan kerajaan untuk tiba-tiba membekukan pengambilan pekerja asing mendapat kritikan keras daripada kumpulan industri dan persatuan.

Langkah itu diumumkan hari ini oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, berkata moratorium itu kekal sehingga ia berpuas hati keperluan tenaga kerja sebenar industri dan menyemak semula dua kategori levi kepada pekerja asing.

Sebagai tindak balas, kumpulan industri berkata, langkah itu boleh menjejaskan ekonomi, selain sudah memberi kesan yang buruk kepada ahli-ahli mereka, terutama syarikat-syarikat yang sedang memohon untuk mengambil pekerja asing.

Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), dalam satu kenyataan, menggesa kerajaan untuk berunding dengan industri yang terjejas.

“FMM menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan untuk menggantung pengambilan dan juga pembaharuan melalui sistem MyEG, yang merupakan saluran tunggal untuk memperbaharui permit kerja pekerja asing.

“Kami juga berharap kerajaan akan berunding dengan pihak industri dan membangunkan dasar-dasar yang telus, konsisten, dan stabil yang amat penting bagi komuniti perniagaan,” katanya.

FMM juga menyeru untuk maklumat lebih jelas daripada kerajaan mengenai keputusan untuk membekukan pengambilan pekerja asing.

“Ia adalah tidak jelas kepada pengilang berapa lama penggantungan itu berkuat kuasa. Sesetengah majikan telah menerima lebih awal kelulusan untuk membawa masuk pekerja dan sedang dalam pelbagai peringkat pengambilan, termasuk beberapa yang pekerja sudah dalam perjalanan ke Malaysia,” katanya.

FMM berkata kerajaan perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada syarikat-syarikat yang sudah terlibat dalam membawa masuk pekerja asing.

FMM juga menegaskan ahli-ahlinya telah melakukan pengambilan tempatan dahulu, ini merupakan kehendak yang dikenakan oleh kerajaan sebelum majikan boleh memohon untuk membawa masuk pekerja asing.

“Oleh itu, syarikat-syarikat yang telah mendapat kelulusan telah membuktikan bahawa keperluan mereka untuk tenaga kerja tambahan adalah wajar dan tidak dapat dibekalkan oleh pekerja tempatan.”

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/331032