Kerajaan Pulau Pinang Roboh Bangunan Bersejarah

Sungguh memalukan! Kerajaan DAP Pulau Pinang sekali lagi menanggung malu kerana berbohong kepada rakyat Pulau Pinang.

Sebelum ini, kerajaan DAP menyangkal dakwaan struktur bangunan Neo Classical yang dibina pada 1921 di Jalan Sultan Ahmad Shah dirobohkan bagi membina bangunan komersial dan hotel bertaraf lima bintang.

Kerajaan DAP juga mendakwa kononnya ‘kerja perobohan di kawasan berkenaan hanya melibatkan struktur lain berhampiran bangunan dikenali sebagai Hotel Runnymede”.

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/pulau-pinang-sangkal-dakwaan-bangunan-klasik-runnymede-diroboh#sthash.xPU62GLb.dpuf

Bagaimanapun, sebelum ini telah ditulis bahawa bangunan asal telah dirobohkan!

Dan bangunan itu dirobohkan semasa cuti umum Tahun Baru Cina tanpa papan tanda pemberitahuan projek!

Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan penjelasan pihak NGO Georgetown Heritage Action (GTHA). Struktur asal bangunan Hotel Runnymede di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown itu telah dirobohkan.

Roboh

Dan jika bangunan asal bersejarah telah dirobohkan tanpa cuba diberhentikan oleh kerajaan DAP, Hotel Runnymede ini tidak mungkin akan dapat lagi disemak oleh UNESCO untuk dijadikan bangunan warisan.

Sungguh memalukan!

Sumber:http://novandri.blogspot.com/2016/02/roboh-bangunan-kerajaan-dap-kantoi.html