Kita Sepatutnya Meletakkan Kepentingan Negara Sebelum Bertindak.

Ketika ada ahli politik yang gemar meraih keuntungan politik dengan mengeluarkan kenyataan yang sensasi, mereka juga perlu berhati-hati dan lebih bertanggungjawab kerana kenyataan mereka boleh mendatangkan kesan ke atas kestabilan dan ekonomi negara ini.

Sebagai contoh, malam tadi, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu a.k.a Mat Sabu berkata Perdana Menteri Najib Tun Razak telah mencuri RM2.6 bilion. Mat Sabu juga berkata Malaysia akan bangkrap dan Peguam Negara Malaysia adalah yang paling bodoh di dalam dunia.

Ini adalah selepas pemimpin PKR dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata Tabung Haji akan bangkrap manakala Tony Pua dari DAP berkata 1MDB juga akan bangkrap yang kedua-duanya telah dibuktikan tidak benar.

Rafizi juga berkata, jika semua pendeposit menyerbu Tabung Haji pada masa yang sama dan mengeluarkan deposit, Tabung Haji akan bangkrap. Saya melihat ini sebagai taktik untuk menakutkan dan satu bentuk kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Kebenarannya adalah, tidak akan ada bank yang tidak bangkrap sekiranya kesemua pendepositnya pergi ke bank pada masa yang sama dan mengeluarkan simpanan.

Dengan menggunakan taktik untuk menakutkan orang ramai dan mencetuskan pengeluaran deposit besar-besaran daripada Tabung Haji atau sebarang institusi perbankan untuk hal ini, ianya bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi ia juga menyerupai sabotaj ekonomi. Satu negara boleh runtuh jika perkara sebegini berlaku. Orang awam akan panik dan rusuhan akan berlaku di jalanan. Nyawa akan hilang, harta benda akan musnah.

Ini tidak sepatutnya menjadi budaya politik kita malah apabila kita menjadi pembangkang sekalipun, kita sepatutnya meletakkan kepentingan negara sebelum bertindak.

Oleh Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia.
http://sskeruak.blogspot.my/2016/02/politicians-need-to-be-more-responsible.html