Mari Kita Lihat Kembali Prosedur Penyingkiran Khalid Ibrahim

Ada orang panggil ianya karma. Ada pula yang berkata hidup ini umpama roda. Saya fikir mereka yang hidup dengan melakukan kekerasan kepada orang lain, anda juga akan mati dengan kekerasan digunakan ke atas anda. Kalau anda buat kepada orang lain, orang lain juga akan melakukan yang sama kepada anda.

Pembangkang berkata, perbuatan menyingkirkan Menteri Besar Kedah menggunakan akuan bersumpah adalah tidak demokratik. Sebenarnya, itu disebutkan oleh Datuk Mahfuz Omar, tetapi kita sememangnya boleh menjangkakanya kerana beliau adalah ejen Tun Mahathir walaupun beliau bersama pembangkang.

Mahfuz adalah individu yang dihantar Tun M ke Australia untuk cuba meyakinkan Sirul Azhar Omar mengaku yang Perdana Menteri Najib Razak yang telah mengarahkan beliau dan Azilah Hadri untuk membunuh Altantuya Shaariibuu. Tetapi rancangan itu gagal.

Apapun, begitulah cara pembangkang menyingkirkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim setahun yang lepas – melalui akuan bersumpah. Jadi sekarang, adakah pembangkang mengakui yang mereka telah bertindak secara tidak demokratik ketika menyingkirkan Khadid Ibrahim?

Masalahnya adalah, pembangkang berfikir disebabkan mereka pembangkang, mereka dibenarkan untuk membuat apa sahaja tetapi apabila pihak yang satu lagi bertindak sama, mereka akan menjerit, meroyan, merungut dan membebel sampai berbuih mulut.

Contohnya, DAP dibenarkan untuk memainkan politik kebencian dan menghasut orang Cina untuk membenci UMNO, Melayu dan Islam. Tetapi jika pihak yang lagi satu berbuat perkata yang sama dan menghasut orang Melayu supaya membenci DAP, orang Cina dan Kristian akan marah.

Apabila pembangkang menyingkirkan Khalid, mereka memberikan beribu alasan mengapa mereka bertindak demikian. Dan mereka menganggap alasan ini sah dan sahih. Alasan yang sama kini digunakan di dalam kes Mukhriz. Tetapi pembangkang tidak boleh menerima alasan tersebut.

Mereka menolak sebab mengapa Mukhriz mesti disingkirkan sedangkan ini merupakan sebab yang serupa yang mereka gunakan ketikan menjelaskan berkenaan penyingkiran Khalid. Apa yang tak kena dengan mereka ini?

Satu isu yang ditimbulkan mereka adalah Khalid merupakan pentadbir yang bagus tetapi beliau adalah ahli politik yang tidak bagus. Jadi mereka memerlukan ahli politik untuk mentadbir Selangor. Mukhriz juga, adalah ahli politik yang tidak bagus dan lebih teruk sebagai pentadbir. Sekurang-kurangnya Khalid berada di pejabat dari pagi sampai senja, 7 hari seminggu. Mukhriz jarang sekali berada di pejabat.

Dr Mahathir sepatutnya mendidik Mukhriz secukupnya sebelum membiarkan beliau terlibat dengan politik. Hanya kerana bapa anda ada pengaruh dan kuasa tidak bermakna anak juga akan menikmati perkara yang sama.

Dr Mahathir pernah mengkritik orang Melayu dan berkata orang Melayu terlalu bersifat feudal dan sepatuknya lebih pragmatik seperti orang Cina jika ingin berjaya. Tetapi, beliau tidak pula mengajar anak beliau sedemikian.

Dr Mahathir fikir, memandangkan beliau ada pengaruh dan kuasa, maka anak beliau akan menikmati perkara yang sama. Iaitu feudalisma dan politik pemimpin akar umbi. Bukankah Dr Mahathir mengkritik orang Melayu kerana ini?

Apapun, Najib tiada pilihan selain dari menyingkirkan Mukhriz untuk menunjukkan kepada UMNO beliau yang berkuasa. Jika beliau tidak bertindak demikian, maka orang akan berfikir yang beliau takut dengan Dr Mahathir.

Maka, bolehlah dikatakan yang kejatuhan Mukhriz ini adalah disebabkan oleh Dr Mahathir. Dr Mahathir yang meletakkan anak beliau di dalam keranda dan memakunya setiap hari Dan hari ini, Dr Mahathir memaku lagi keranda tersebut melalui satu tulisan blognya.



MAHFUZ: PENGGUNAAN AKUAN BERSUMPAH UNTUK MENYINGKIRKAN MB KEDAH ‘TIDAK DEMOKRATIK’
(The Star, 27 January 2016) – http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/01/27/mahfuz-use-of-sds-to-oust-kedah-mb-undemocratic/

AKUAN BERSUMPAH UNTUK MENYOKONG DR WAN AZIZAH ‘LANGKAH BERJAGA-JAGA’, UJAR SETIAUSAHA AGUNG PKR
(Malay Mail Online, 8 Ogos 2014) – http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/sd-to-support-dr-wan-azizah-a-precautionary-step-pkr-sec-gen-says

MAJORITI ADUN PAKATAN SELANGOR TANDATANGAN SURAT SOKONG WAN AZIZAH JADI MB
(The Malaysian Insider, 12 August 2014) – http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/majoriti-adun-pakatan-selangor-tandatangan-surat-sokong-wan-azizah-jadi-mb

Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/can-oust-khalid-via-sds-but-not-mukhriz/