Mari Lihat Cara Ketua Menteri DAP Ini Jual Tanah Pulau Pinang

CARA LIM GUAN ENG JUAL TANAH PULAU PINANG.

Lim Guan Eng didapati menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri selaku orang yang memegang portfolio tanah.

Bagi memudahkan cengkaman dan mempercepatkan urusan mengambil atau menjual tanah LGE menubuhkan Chief Minister of Penang (Incorporated). Selaku Ketua Menteri LGE adalah Pengerusinya.

Inilah cara LGE mengarahkan penjualan tanah Bayan Mutiara seluas 102 ekar pada 11/11/2011 dengan nilai RM 1.07 Bilion kepada Ivory Properties Group. Datuk Low Eng Hock pengerusi merangkap CEO Kumpulan Ivory mendapat laba dari projek ini.

Dalam masa sama Penang Development Corporation ( PDC) selaku pemilik tanah– melepaskan tanah negeri itu selaku rakan niaga Chief Minister of Penang (Incorporated). PDC turut dipengerusikan oleh LGE selaku Ketua Menteri.

Titik tarikh 11/11/2011 adalah satu lambang permulaan LGE mengorak langkah dan menjadi nombor satu dari kalangan masyarakat Cina, termasuk dalam hubungan dengan kelompok ‘Big Business’.

CMI (Inc) dan PDC menjual tanah Bayan Mutiara supaya boleh dibuat projek mega yang diberi nama Penang World City bernilai RM10 billion GDV (gross development value).

Pemajunya ialah Tropicana Ivory, iaitu JV (usaha sama) di antara Ivory Properties dan Dijaya Corporation iaitu syarikat Tan Sri Danny Tan, adik kepada taikun terkenal Vincent Tan.

Lim Guan Eng dan DAP terus menggerakkan usaha baru.

Tahun 2011-2014 sepanjang pentadbirannya LGE lebih 1,100 ekar tanah telah pun dijual oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada pihak luar samada dari dalam negeri mahupun dari luar negara. Jumlah hasil jualan ini dianggarkan mencecah RM12.5 bilion.

Segalanya bermula pada tahun 2011. Lim Guan Eng seorang yang cepat belajar mengenai proses dan prosedur kerajaan. Beliau licik untuk meletakan semua proses urusan mempunyai dokumentasi sah yang sukar dipertikaikan. LGE benar-benar menggunakan kuasanya semaksima mungkin.

Mereka kata DAP has arrived.

Sumber:http://mymassa.blogspot.my/2016/02/akhirnya-lge-mengaku-terlibat.html