Media Antarabangsa Menghentam Malaysia, Najib Tidak Terkesan

Pihak berkuasa Singapura berkata mereka telah membekukan sejumlah akaun bank untuk membantu siasatan kemungkinan terdapat kes penggubahan wang yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Walaupun jumlah akaunnya banyak, tetapi berdasarkan waktu sekarang, kemungkinan akaun ini tidak mengandungi jumlah wang yang banyak – kerana jika benar, sudah pasti ianya akan didedahkan oleh Singapura.

Siasatan Singapura nampaknya berkaitan dengan siasatan pihak berkuasa Switzerland ke atas 1MDB dan saya kira ini merupakan kesinambungan dari usaha oleh pihak Switzerland – walaupun 1MDB sendiri telah mengesahkan mereka tidak mengetahui sebarang akaun mereka telah terjejas atau telah dihubungi oleh pihak berkuasa Singapura mengenainya.

Berdasarkan garis masa, adalah tidak mustahil yang tindakan Singapura ini adalah atas permintaan pihak berkuasa Switzerland yang nampaknya begitu bermotivasi untuk menyiasat sama ada syarikat tersebut benar-benar telah kehilangan wang walapun mereka sendiri telah mengatakan mereka memerlukan pengesahan jika wang tersebut benar-benar hilang – iatu apa yang disebut oleh pihak Switzerland sebagai penyalahgunaan.

Peguam Negara Switzerland telah berkata, hanya sejumlah kecil dana tersebut yang telah masuk ke dalam akaun bekas pegawai Malaysia, termasuk bekas pegawai dan pegawai yang masih berkhidmat dengan UAE – dan dikatakan wang tersebut datang dari PetroSaudi, Tanjong/Genting atau Abu Dhabi Malaysian Investment Corp.

Nampaknya tidak mungkin USD4 bilion telah hilang – kerana 1MDB telah menyelesaikan hampir kesemua hutang mereka. Dan Peguam Negara Swiss sendiri yang berkata kemungkinan terdapat penyalahgunaan – dan tidak mengesahkan yang USD4 bilion telah hilang.

Setakat ini, hanya PetroSaudi yang telah membuat kenyataan mengatakan, “PetroSaudi tidak terlibat sebagai subjek sebarang siasatan dan tidak dituduh dengan sebarang salah laku jenayah. Seperti yang telah dinyatakan, PetroSaudi telah menafikan terdapat sebarang salahlaku yang berkaitan dengan usaha sama dengan 1MDB, yang dibubarkan pada 2012. Jika kerjasama dan bantuan PetroSaudi diperlukan, ia akan bekerjsama sepenuhnya pihak berkuasa.”

Semalam, Nikkei Asian Review telah memetik Andre Marty – jurucakap Peguam Negara Switzerland sebagai berkata, “Di dalam siasatan yang sedang berjalan…Najib Razak bukan salah seorang pegawai kerajaan yang sedang disiasat.”

Ini adalah perkembangan yang menarik dan kemungkinan berkaitan dengan tindakan Peguam Negara kita menutup fail siasatan RM2.6 bilion di Malaysia – Sesuatu yang Switzerland mahukan ianya terus disiasat.

Buat masa sekarang, pihak berkuasa Switzerland dan Singapura mempunyai akaun dan jejak wang sesetengah urusniaga tetapi tidak pasti apakah tujuan urusniaga itu dan sama ada ianya sah atau tidak.

Maka adalah terpulang kepada Arab Saudi, UAE, Malaysia dan syarikat yang telah dinamakan untuk menjelaskan aliran wang tersebut atau untuk memberitahu sama ada wang mereka telah hilang atau tidak.

Pada masa yang sama, media antarabangsa terus seronok membelasah Malaysia – walaupun secara politiknya ianya tiada kesan kepada Najib – terutamanya apabila beliau tidak tersenarai di dalam siasatan Switzerland.

Dan sekali lagi, Ringgit kita terus lemah kerana publisiti negatif yang telah bermula pada hujung minggu. Kini USD1 bersamaan RM4.21, turun daripada RM4.11 pada Jumaat.

http://www.ibtimes.co.uk/malaysia-lashes-out-singapore-switzerland-release-initial-details-probes-into-state-fund-1541377

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1762268027325317?pnref=story