Melayu Selangor Percaya DAP Anti Muslim – Kaji Selidik Institut Darul Ehsan (IDE)

“Ini adalah perkara yang benar-benar belaku dan ianya berlaku kerana pemimpin DAP bercakap apa yang mereka cakapkan. Bukan UMNO, bukan PAS, bukan Utusan.”


Institut Darul Ehsan (IDE) baru-baru ini telah mengeluarkan satu kaji selidik yang mendapati majoriti besar orang Melayu di Selangor percaya DAP adalah anti muslim dan parti Cina yang anti Melayu. Ini diikuti oleh komen pemimpin DAP seperti Nicole Tan Lee Kon dan Zairil Khir Johari yang menyalahkan UMNO dan ‘media milik UMNO’ kerana menjadi dalang menanam persepsi yang negatif ke dalam minda dan hati orang Melayu muslim.

Tan juga menuntut ‘fakta dan angka membuktikan perkara ini’ tetapi sebelum DAP mengeluarkan fakta dan angka mereka, saya ingin mengingatkan mereka serba sedikit mengenai fakta dan angka dari sejarah.

MELAYU TIDAK AKAN HILANG KUASA KERANA MEREKA RAMAI?

Tan menyebut yang Lim Kit Siang pernah mengutarakan pendapat yang Melayu tidak akan hilang kuasa memandangkan Melayu mempunyai 114 kerusi majoriti dari 162 kerusi di Semenanjung Malaysia. Mari kita imbas kembali ke tahun 2008 apabila Barisan Nasional gagal membentuk kerajaan di Perak, maka di dalam satu ‘perkahwinan’, DAP, PKR dan PAS bergabung membentuk kerajaan campuran.

Walaupun majoriti Adun yang dipilih adalah Melayu, nama pertama yang dipersembahkan kepada DYMM Sultan Perak untuk diperkenankan sebagai Menteri Besar adalah adun Cina DAP, Ngeh Koo Ham. Ini merupakan niat DAP untuk meletakkan orang Cina bukan muslim di kerusi tertinggi kerajaan Perak. Selapas tindakan kompromi diambil, Ngeh Koo Ham dilantik Exco Kanan ketika buat pertama kalinya di dalam sejarah, 6 dari 11 barisan EXCO yang membuat keputusan adalah Adun Cina dari DAP. Ini berlaku di dalam negeri yang majoriti kerusi undangan negerinya adalah kawasan majoriti Melayu. Orang Melayu melihat ini berlaku di depan mata mereka dan di kawasan mereka sendiri.

TENG CHANG KHIM MEMPERSENDAKAN WIRA YANG MEMPERTAHANKAN TANAH AIR.

Ketika Lahad Datu dicerohoh pengganas Sulu, Teng Chang Khim dari DAP menulis di laman Facebook beliau, “Oh! Oh! Askar kita terpaksa naik pesawat Air Asia ke Lahad Datu untuk berperang! Itupun cuma berperang sekumpulan pengganas yang kurang dari 200 orang! Bagaimana askar kita nak menghadapi peperangan nanti?”

Bukan rahsia lagi yang anggota keselamatan kita, tentera dan polis majoritinya adalah Bumiputera. Anda pasti akan susah nak mencari Melayu yang tiada waris yang pernah atau masih berkhidmat dengan pasukan keselamatan negara kita. Pemimpin DAP ini mungkin tidak mengetahui yang pasukan keselamatan kerap menggunakan penerbangan komersial untuk operasi mereka lalu mempersendakan mereka tidak cekap dalam tugasan walaupun terbukti pasukan keselamatan dari seluruh dunia menggunakan penerbangan kebangsaan mereka untuk menerbangkan anggota keselamatan. Apa perasaan orang Melayu apabila membaca tentang perkara ini? Adakah ini salah UMNO?

TERESA KOK MENJADIKAN PENCEROBOHAN PENGGANAS LAHAD DATU SATU JENAKA.

Pada Januari 2014, pemimpin DAP Teresa Kok telah mengeluarkan satu video yang bertajuk ‘Onederful Malaysia’ bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang mempersendakan keadaan semasa negara kita. Video ini mempersendakan peristiwa pencerobohan Lahad Datu dengan mengatakan pengganas Sulu itu adalah pelancong dan membuat aksi menembak pistol. Biar saya ingatkan anda yang pengganas inilah yang menembak dan membunuh anggota keselamatan kita ketika peristiwa pencerobohan. Salah seorang dari mereka telah dipancung. Mereka ada ahli keluarga dan kawan Melayu yang menangisi pemergian mereka. UMNO tidak mengeluarkan video sebegini. Teresa Kok dari DAP yang buat.

TONY PUA MEMPERSENDA KHUTBAH JUMAAT.

Pada Februari 2014, Pemimpin DAP Tony Pua telah menulis di Facebook, “Dengan berani meraikan Hari Valentine dengan melawat Tower of London, satu filem yang diharamkan di Malaysia dan sepetang di West End Theathers. Tetapi sekarang saya bimbang jika saya akan menderita ‘masalah sosial seperti curang, kecelaruan minda kerana alkohol, dan pembuangan bayi hasil dari ‘penjajahan minda’. Itulah apa yang diperkatakan oleh pihak berkuasa agama negara saya…Oh tidak. Saya rasa begitu berdosa lebih baik saya terbakar di neraka.”

Pertama sekali, saya lihat tiada apa yang ‘berani’ berkenaan aktiviti Tony Pua pada hari tersebut. Ianya akan berani jika beliau menyebut apa yang beliau tulis itu di hadapan jemaah solat Jumaat. Di dalam kesungguhan beliau untuk mencemarkan imej Majlis Fatwa Kebangsaan, beliau juga cuba untuk menampakkan yang ianya haram bagi bukan Muslim seperti beliau menyambut hari Valentine di London walaupun ia langsung tidak haram untuk beliau menyambutnya di Malaysia. Adakah salah UMNO yang pemimpin DAP menulis perkara sebegini di Facebook?

CHONG ENG MEMPERSOALKAN KHUTBAH JUMAAT.

Pada Februari 2015, masjid di Selangor telah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru orang lelaki untuk mengingatkan saudara perempuan mereka menutup aurat supaya terhindar dari nafsu orang lelaki dan pemimpin DAP Chong Eng tidak ragu-ragu untuk memberikan pendapat beliau. Walaupun peringatan seperti ini telah lama diwar-warkan dan telah didebatkan oleh golongan liberal, sederhana dan konservatif berkenaan kewajarannya, hampir kesemua dari kita percaya yang orang bukan Islam seperti Chong Eng tidak berhak memberikan pendapat di dalam isu ini.

Kita melihatnya sebagai campurtangan dari luar. Khutbah Jumaat bukanlah untuk orang seperti Chong Eng jadi pandangan beliau adalah tidak dialu-alukan. Orang Melayu melihat ini sebagai usaha DAP yang didominasi Cina cuba menentukan halal dan haram.

LIM KIT SIANG CUBA MENGAJAR ORANG ISLAM DI KOTA BHARU BAGAIMANA MENJADI ORANG ISLAM.

Pada Mei 2015, veteran DAP Lim Kit Siang telah menyampaikan ‘syarahan’ di Kota Bharu dihadapan khalayak Melayu Islam. Seperti yang kita ketahui, di Kelantan mereka mengundi PAS sebagaimana mereka menyokong pelaksanaan hudud kerana ianya disebut di dalam al-quran (5:38). Dr Mahathir, seorang muslim telah berkempen sepanjang karier politik beliau memberitahu yang hudud tidak boleh dilaksanakan.

Kemudian datang Kit Siang, seorang yang bukan muslim, berucap di Kelantan memberitahu mereka yang beliau telah pergi ke Jordan dan Mesir di mana 92% dari populasi mengadu kepada beliau mengenai masalah hudud. Malah beliau memberitahu khalayak tersebut supaya membaca tulisan beberapa sarjana seperti Dr Yusuf al-Qardawi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia yang kononnya berkata tiada keperluan untuk hudud.

Wahai Mr Lim, izinkan saya menginatkan anda bahawa ketua di dalam khalayak itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah timbalan Dr.Yusuf di dalam Kesatuan Ulama Sedunia itu dan mereka sendiri dengar dari beliau hudud adalah hukuman suci dan wajib dilaksanakan.

Ini adalah satu lagi kes sorang pemimpin DAP bukan muslim yang cuba mencampuri hal undang-undang Islam. Ia adalah satu bentuk penghinaan kepada pengetahuan orang Melayu Islam terhadap agamanya sendiri. Sudah pasti bukan UMNO yang membuatkan Lim bercakap mengenai ini. Jangan salahkan UMNO dalam perkara ini.

MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH DI SHAH ALAM DI DALAM KEADAAN YANG TERUK.

Ada cakap-cakap di Shah Alam yang keadaan di luar masjid negeri adalah teruk. Panel telah tercabut, apa yang biru dan putih sebelum ini sudah menjadi biru, hitam dan kelabu. Lumut telah tumbuh di atas kubah dan ianya tidak pernah kelihatan teruk seperti ini. Khabar angin di Shah Alam mengatakan, oleh kerana terdapat ramai Adun DAP sebagai EXCO di dalam kerajaan Selangor sekarang, kerajaan tidak meluluskan dana untuk penyelenggaraan dan pembersihan masjid.

Beribu orang Shah Alam melalui masjid ini setiap hari berasa sedih dan malu untuk sesuatu yang mereka pernah banggakan. Ini kemungkinan responden di dalam kaji selidik IDE.

Masjid adalah simbol Islam bukan sahaja di Shah Alam tetapi di Malaysia dan orang ramai merasa simbol ini telah terjejas oleh sebuah kerajaan yang mengandungi DAP di dalamnya. Jangan salahkan UMNO kerana tidak menyelenggara masjid ini selepas tahun 2008.

KESIMPULAN.

Ini adalah fakta yang perlu dipertimbangkan oleh Nicole Tan dan Zairil Khir Johari. Ini adalah perkara yang benar-benar belaku dan ianya berlaku kerana pemimpin DAP bercakap apa yang mereka cakapkan. Bukan UMNO, bukan PAS, bukan Utusan.

Memandangkan hampir kesemua kepimpinan tertinggi DAP bukan orang Islam, izinkan saya menerangkan satu perkara yang menjadi pegangan orang Islam. Sesuatu yang parti sekular seperti DAP sukar fahami. Muslim diajar dari kecil yang mereka – terikat oleh hukum syariah yang menjelaskan mengapa orang Islam solat 5 kali sehari di dalam bilik atau pun di bawah pancaran yang terik di kawasan Masjid KLCC walaupun tiada peruntukan di dalam undang-undang sivil untuk berbuat demikian. Sebab inilah orang Islam membayar 2.5% dari simpanan dan pendapatan sebagai zakat setiap tahun walaupun tiada peruntukan di dalam undang-undang sivil untuk berbuat demikian. Sebab inilah PAS tidak kisah sekiranya Putrajaya enggan melaksanakan hudud.

Imam Ghazali menulis yang objektif hukum syariah adalah untuk menjaga akidah, kehidupan, fikiran, keturunan dan kekayaan. Di susunan tersebut. Sebab inilah mengapa DAP boleh terus-terusan bercakap Najib telah mencuri berbilion dan orang Melayu Islam lebih rela mengundi UMNO/Barisan Nasional berbanding Pakatan/DAP.

Sebab inilah PAS dan penyokongnya lebih rela bersekutu dengan UMNO berbanding DAP. Kami akan hilang wang, anak-anak, kewarasan dan nyawa sebelum kehilangan akidah. Sebab inilah parti sekular seperti DAP yang sentiasa mempersendakan Melayu, Muslim, fatwa, syariah dan sebagainya akan mendapati ianya sangat sukar untuk mendapatkan sokongan Melayu Muslim.

Oh lagi satu, wahai Zairil, Dr Zuhdi Marzuki tidak berkata yang DAP menerima berjuta ringgit dari Israel. Beliau hanya merujuk seseorang yang bernama Mohamed Razali yang membuat tuduhan itu. Jangan kelirukan orang ramai.

Oleh Megat Ibrahim,
http://www.malaysia-today.net/why-malays-would-rather-vote-for-an-umno-led-barisan-than-a-dap-dominated-pakatan/