Menurut Ramalan Pembangang, Malaysia Akan Muflis Pada 2015

Kalau ikutkan pembangkang, Malaysia seharusnya muflis pada 2015 berdasarkan pengiraan dan angka yang sering dikeluarkan oleh pakar-pakar ekonomi mereka.

Berbaur fitnah, tuduhan-tuduhan liar mereka kini terbungkam lagi apabila KWSP mengumumkan pembayaran dividen 6.4% kepada pendeposit-pendeposit mereka. Bukan itu sahaja, pembayaran dividen kali ini menyaksikan jumlah agihan keseluruhan yang meningkat dan tertinggi setakat ini.

Melihat statistik tentang pembayaran dividen oleh KWSP sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kadar dan jumlah dividen yang dibayar sangat menggalakkan dan tidak menghampakan.

Suka atau tidak, kita perlu terima hakikat bahawa semua ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak, yang sering dihina dan digelar “bodoh ekonomi” oleh pembangkang, termasuklah kumpulan pro mantan perdana menteri.

Apa yang lebih menjengkelkan kumpulan-kumpulan anti-Najib, semakin mereka sawan tentang betapa Perdana Menteri Najib Razak kononnya bakal menyebabkan Malaysia muflis, semakin banyak pula pengiktirafan yang diterima oleh Malaysia.

World Economic Forum menyaksikan bagaimana Malaysia menduduki ranking yang baik dalam pelbagai sektor. Malaysia juga berada di senarai 5 teratas sebagai negara paling sesuai untuk persaraan. Malah, IMF baru-baru ini juga memberi penarafan yang baik kepada perkembangan ekonomi negara.

Sudah menjadi modus operandi pembangkang, untuk menyasarkan anak-anak fitnah ke atas hampir semua institusi penting negara seperti Tabung Haji, JAKIM, MARA dan tidak ketinggalan KWSP.

Secara terancang, hasrat mereka adalah untuk mengikis kepercayaan rakyat ke atas institusi tersebut, sekaligus bertujuan untuk memberi persepsi negatif terhadap kerajaan.

Mujur sahaja pendeposit-pendeposit KWSP tidak boleh mengeluarkan simpanan mereka seperti pendeposit Tabung Haji, kalau tidak, tentu ada menerima nasib yang serupa iaitu tidak layak mendapat dividen gara-gara terpengaruh dengan “bijak pandai” ekonomi dari Pakatan Harapan.

Sumber:http://www.mykmu.net/2016/02/malaysia-muflis-kata-orang-tu-tetapi-kwsp-beri-dividen-6-4-dan-agihan-keseluruhan-tertinggi/