Pejuang Kebenaran Yang Banyak Menabur Pembohongan

Siapa (apa) Rafizi Ramli?

Ya! Apa yang begitu istimewa dengan Rafizi Ramli. Anda boleh memanggilnya ‘pembocor maklumat’ tetapi beliau lebih banyak keluarkan pembohongan dari kebenaran, lebih banyak fiksyen dari fakta.

Tindakan Naib Presiden PKR ini yang mengkritik cadangan pindaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 menunjukkan yang beliau terdesak dan takut dengan kes beliau yang masih belum selesai yang berkaitan dengan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said berkata Rafizi dengan sengaja cuba untuk mengalih perhatian dari kes beliau dengan mendakwa pindaan itu dibuat untuk menyekat kebebasan wartawan dan media di negara ini.

“Beliau juga secara sengaja menyebut yang pindaan ini akan menindas wartawan dan menghalang kebebasan media supaya beliau boleh memperolehi sokongan media di dalam hal ini,” ujar beliau di dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata Ahli Parlimen Pandan itu tidak mempunyai sebarang imuniti atau kelebihan di dalam konteks undang-undang, lebih-lebih lagi kes yang melibatkan beliau di bawah BAFIA 1989.

Peguam Negara Mohamed Apandi Ali dilaporkan berkata yang beliau sedang mempertimbangkan satu pindaan terhadap OSA, dengan meningkatkan denda terhadap mereka yang mendedahkan rahsia negara dan kepada mereka yang melaporkan mengenainya.

Rafizi kemudian memulakan satu kempen di media sosial untuk mengumpul sokongan untuk menolak cadangan pindaan itu.

Azalina berkata, tindakan Rafizi mengumpul maklumat peribadi, terutamanya dari institusi kewangan, adalah menyalahi undang-undang.

“Semasa debat di Parlimen, beliau menyatakan yang beliau telah memperolehi maklumat yang bocor mengenai pembelian aset kerajaan. Ini menunjukkan yang beliau secara tidak langsung mengakui fakta tersebut, dan ini perlu disiasat secepat mungkin.”

Beliau berkata, kes BAFIA yang melibatkan Rafizi telah berlarutan selama 4 tahun dan patut diselesaikan secepat mungkin, untuk menjadi satu penanda aras di dalam sektor kewangan negara.

“Isu ini bukan sahaja melibatkan kepentingan peribadi, tetapi boleh mengancam keselamatan ekonomi dan negara. Jika kes ini dipanjangkan, orang luar akan berfikiran undang-undang sektor perbankan di negara ini adalah terlalu lembut.”

Beliau berkata, telah berlaku banyak kebocoran maklumat sehingga ianya boleh mengancam keselamatan negara.

“Mendedahkan (maklumat sulit) kepada umum bukanlah satu tindakan yang bagus, kerana mereka yang memiliki maklumat sedemikian sepatutnya membawa isu ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau.

Sementara itu, Azalina berkata cadangan Peguam Negara untuk menyemak semula OSA 1972 adalah tepat dan Mohamed Apandi bimbang mengenai kebocoran maklumat kerana banyak maklumat mengenai kerajaan yang telah dibocorkan.

Azalina berkata, satu garis perlu dibuat untuk membezakan komen adil, kebebasan bersuara dan
pecah amanah.

Sumber: http://justread-whatever.blogspot.my/2016/02/who-what-is-rafizi-ramli.html