Penggerak Industri Bising Bila Kerajaan Umum Beku Pengambilan Pekerja Asing

Sekarang Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia(ACCCIM), Malaysian Employers Federation (MEF) semua merungut tentang pembekuan pengambilan pekerja asing.

Sementara itu, SMI Association of Malaysia (SMI) berkata pembekuan itu juga akan memberi kesan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), satu industri yang sentiasa menghadapi masalah kekurangan pekerja asing.

Presidennya Michael Kang Hua Keong berkata syarikat-syarikat PKS perlu buruh gantian selepas tempoh untuk kumpulan pekerja semasa mereka tamat.

Tetapi apabila kerajaan diserang dari semua pihak tentang buruh asing, orang-orang ini diam dan tidak mengakui bahawa mereka adalah pihak yang selalu meminta Kerajaan untuk membawa tenaga kerja asing.

Kini mereka bising bahawa perniagaan mereka akan menghadapi kesukaran dan meminta untuk tidak dibekukan pengambilan.

Sekarang saya sedang menunggu pemimpin Pakatan untuk menghentam Kerajaan mengatakan bahawa pembekuan pengambilan pekerja asing akan menyebabkan perniagaan kita ditutup atau memaksa mereka untuk mengupah pekerja tempatan dengan kadar gaji yang lebih tinggi.

Gaji yang lebih tinggi yang kemudiannya akan memaksa semua perniagaan ini untuk memindahkan kos kepada pengguna.

Dan kemudian mereka akan menghentam Kerajaan “Barang Naik” kerana meningkatkan kos sara hidup.

http://www.malaysiakini.com/news/331032

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1767850856767034&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3