Penghasut Yang Untung, Yang Menurut Putih Mata

Tabung Haji umum bayar 5% bonus untuk semua pendepositnya + 3% bonus untuk pendeposit yang masih tidak menunaikan haji. Ini seperti namanya bonus. Bukan tujuan utama orang simpan dalam Tabung Haji untuk dapat dividen dan bonus. Orang simpan duit dalam Tabung Haji sebab nak pergi menunaikan Haji, bukan nak makan bonus, tapi dah ada tu, sebat sajalah.

Itu yang pertama.

Yang kedua, mengikut dokumen pengisytiharan harta seorang Ahli Parlimen pembangkang setakat 31 Disember 2014, ada dinyatakan di situ dia ada menyimpan hampir setengah juta wang dalam akaun Tabung Haji, tapi dalam isu yang tercetus baru-baru ini, dia antara yang lantang menghentam Tabung Haji, siap tuduh Tabung Haji cuba mengelirukan rakyat.

Ada pengikut yang mungkin termakan dengan hasutan itu, keluar duit dalam Tabung Haji dan dengan bangga upload slip tayang dalam Facebook. Walaupun Ahli Parlimen tadi ada saham, tapi suka nak dinyatakan disini bahawa keputusan nak tutup akaun adalah 100% keputusan pengikut itu tadi, bodohlah katakan.

Tapi Ahli Parlimen pembangkang tu sendiri tak tahulah dah tutup akaunnya yang berjumlah hampir setengah juta dalam Tabung Haji itu atau tidak, rasanya tidak. Kalau ada tentu dah ambik gambar besar-besar masuk dalam Malaysiakini dan sebagainya, tetapi tak ada pun. Maka itu penulis menganggap duit itu masih ada dan silap-silap bertambah – sehingga dibuktikan sebaliknya.

Jadi bila Tabung Haji umum bonus semalam, besar kemungkinan orang ini dapat dividen dan bonus minimum 5% – sekurang-kurangnya` RM23,000. Yang bodoh-bodoh pengikut kena tipu sampai tutup akaun Tabung Haji tadi, dapatlah habuk.

Membuktikan bahawa temberang pembangkang bukan setakat bagi dosa dan jaminan masuk neraka saja, malah ia turut merugikan pengikut mereka di dunia juga.

Sumber:http://www.mykmu.net/2016/02/tabung-haji-mp-pakatan-hasut-rakyat-marah-th-dia-sendiri-kenyang-makan-dividen/