PM Najib Antara Yang Berada Di Dalam Senarai ‘Bunuh’ ISIL – Con Coughlin

Satu perspektif yang menarik mengenai peperangan sulit yang dilancarkan oleh Arab Saudi terhadap pengaruh ekstremis Islam di seluruh dunia telah pun disampaikan melalui siasatan satu skandal rasuah berkenaan penyaluran dana yang dibuat kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.

Siasatan yang ditutup oleh Peguam Negara Malaysia itu, yang berkaitan dengan tuduhan rasuah, telah membersihkan nama Perdana Menteri tersebut dari sebarang salah laku jenayah berikutan satu siasatan mengenai penyaluran dana berjumlah £479 juta ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri itu.

Musuh politik Najib mendakwa dana tersebut telah disalahguna dari dana pembangunan negara, 1MDB, yang telah mengumpul hutang sebanyak $11 bilion semenjak ianya ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Najib. Salah seorang pengkritik kuat Najib adalah adik ipar Gordon Brown, Clare Rewcastle Brown yang menerusi laman webnya, Sarawak Report telah membuat pelbagai dakwaan yang dana tersebut telah dicuri dari 1MDB. Pihak berkuasa Malaysia kini sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau.

Tetapi fakta yang benar-benar menarik yang timbul dari siasatan tersebut adalah, pendedahan yang tuduhan-tuduhan tersebut sebenarnya berkaitan dengan pemberian sulit yang dibuat oleh Arab Saudi kepada Najib untuk membantu beliau memenangi pilihanraya 2013.

Semenjak kemunculan Islamik State (ISIL) di Syria dan Iraq, pengkirik berhaluan kiri seperti Pemimpin Buruh Jeremy Corbyn sentiasa menuduh Saudi membiayai ISIL dan kumpulan ektremis Islam yang lain.

Tetapi apabila siasatan terhadap Najib membuktikan sebaliknya, daripada membantu ektremis, kerajaan Saudi sebenarnya secara sulit membantu pemimpin Islam moderat (sederhana) di seluruh dunia sebagai salah satu dari usaha mereka untuk menangani ancaman global keganasan atas nama Islam.

Banyak negara pro Barat seperti Jordan, Maghribi dan Mesir telah menerima sumbangan Saudi ketika mereka berusaha membendung pengganas Islam.

Ada yang akan mempersoalkan adakah Saudi mempunyai kepentingan di dalam pilihanraya yang berlangsung di negara bukan Arab, yang terletak 3,000 batu jauhnya. Jawapannya terdapat di dalam usaha Riyadh untuk membendung keganasan Islam di Asia Tenggara dari menular, apabila pada awal bulan ini ibu negara Indonesia, Jakarta telah diserang oleh pengganas.

Negara jirannya Malaysia, yang mempunyai penduduk Islam yang ramai, telah disasarkan oleh pengganas Islam, dengan PM Najib antara yang berada di dalam senarai ‘bunuh’ ISIL.

PM Najib telah dipuji kerana pendiriannya yang tegas terhadap keganasan Islam, dan disebabkan ini, Saudi memutuskan untuk menderma £479 juta untuk membantu beliau memenangi pilihanraya. Seperti yang diulas oleh seorang sumber kanan Saudi, “Bukanlah perkara yang pelik untuk Saudi membuat sumbangan seumpama ini. Ianya berlaku sepanjang masa untuk membantu kerajaan Islam yang bersederhana kekal berkuasa supaya mereka boleh membantu membendung pengganas di rantau mereka.”

Ketika ISIL menggunakan berjuta dolar yang dirampas dari bank Arab dan penyeludupan minyak yang lumayan untuk membiayai perkembangan ideologi keganasan Islam, inisiatif Saudi untuk membiayai pemimpin Islam yang sederhana adalah sangat penting untuk membanteras perkembangan keganasan Islam.

Oleh Con Coughlin,
http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/middleeast/saudiarabia/12127916/Saudi-Arabia-funds-moderate-Muslims-not-Isil.html