Rafizi Berterusan Menjadikan Dirinya Musuh Ummah

Azmi Arshad, 50, yang mempunyai pengalaman sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) pelbagai syarikat senarai awam dan memiliki sijil Institut Perakaunan Berkanun (Institute of Chartered Accountans In England & Wales) atau ICAEW menulis dengan terperinci, betapa dakwaan Rafizi lebih cenderung kepada nafsu politik dan terpesong daripada fakta perakaunan sebenar.

Berikut adalah tulisan Azmi:


Rafizi berterusan menjadikan dirinya musuh ummah kerana berterusan menyerang dengan tipu daya dan putarbelit terhadap Tabung Haji yang ditubuhkan bagi membantu umat Islam di Malaysia menunaikan Rukun Islam ke-5 melalui kaedah penabungan / deposit dan ia kemudian menyediakan subsidi terhadap kos menunaikan haji.

Saya harap masyarakat memahami apa yang saya tulis ini dan mengapa saya menganggap dia sebagai musuh kepada ummah.

Bila ramai orang soal Rafizi berkenaan kenyataan-kenyataan beliau memburukkan Tabung Haji, dia hanya menjawab:

“Saya bukan mahu layan sangat pencinta Najib Razak yang meroyan mengenai bonus Tabung Haji, tetapi demi memastikan orang ramai boleh fokus kepada isu sebenar dan tidak disibukkan dengan mereka.”

Ketidakmampuan Rafizi dan keengganannya menjawab persoalan dan diminta menjelaskan dengan lebih lanjut menyebabkan dia bertindak menghalang akses kepada laman Facebook miliknya termasuk saya dan seorang lagi penganalisa kewangan, Lim Sian See.

Kelmarin, Rafizi menerbitkan satu analisa separuh masak kononnya sebagai sokongan kepada serangan yang dilakukan terhadap Tabung Haji.

Analisa dimuatnaiknya itu kononnya untuk meletakkan dia sebagai seorang yang bijak tetapi sebenarnya satu lagi putarbelit.

(Apapun, mereka yang mempunyai pengalaman audit akan mengesan pada halaman pertama analisa dimuatnaik Rafizi menggunakan perkataan ‘penilaian analisa’ atau Analytical Review – AR di luar konteks maksud perkataan itu).

AR adalah satu teknik menggunakan perkiraan dan purata bagi mengesahkan sesuatu angka perakaunan adalah sahih dan bertujuan untuk mengurangkan sesuatu ujian substantif dalam perauditan.

Kelakarnya, Rafizi menggunakan terma AR itu kononnya sebagai teknik bagi memperolehi angka yang disiarkan dalam analisa separuh masaknya. Tapi tak mengapalah ia tidak relevan kerana tujuannya ialah untuk membuatkan pembaca terpegun dengan perkataan teknikal. Itu sahaja.

Analisa Rafizi terbahagi kepada tiga bahagian:

(1) Kaedah Unjuran

(2) Analisa Penyata Pendapatan

(3) Analisa Rizab dan Keupayaan Tabung Haji Membayar Balik Pendeposit

Terdapat juga lima lampiran pelbagai angka untuk membuatkan orang terpegun. Orang biasa-biasa pasti akan rasa kagum tetapi angka dianalisa adalah berdasarkan andaian dia sahaja. Analisis berangka sepatutnya menyokong tiga dakwaannya dan kesimpulan yang disenaraikan pada status Facebook nya pada ringkasan gagal mengukuhkan dakwaannya.

Rafizi berterusan memperbodohkan pendeposit kononnya simpanan yang dijamin kerajaan dalam keadaan berisiko walhal pada masa yang sama dia menikmati manfaat daripada dividen yang diberikan agensi yang dikutuknya.

Simpanan Rafizi adalah 70 kali ganda daripada simpanan purata.

Ada pendeposit yang kehilangan dividen atau bonus malah kehilangan giliran bagi menunaikan haji disebabkan terpengaruh dengan penghasut dan perosat umat ini. Rafizi mendakwa TH adalah muflis, kemudian membuat kenyataan tinggalkan simpanan dalam TH (selepas ada yang sudah mengeluarkan simpanan) kerana “TH bukan kepunyaan Najib Razak atau Azeez”, kemudian mengulangi dakwaan TH muflis.

Ini adalah satu perbuatan paling bodoh dan berlawanan dengan logik.

Dia secara tak langsung masih menyimpan wang di tempat yang sama dia dakwa tidak boleh dipercayai.

Nasihat ‘jujurnya’ datang terlalu lambat untuk mangsa-mangsa seperti di dalam video ini: https://www.facebook.com/mynationmalaysia/videos/1706107936271771/
——
Artikel penuh Azmi Arshad,
https://www.facebook.com/azmi929/posts/928651117255692