Rafizi Menunjukkan Kedangkalannya Pada Standard Paling Minimum Perakaunan

Berikut adalah jawapan (Bahagian 2) daripada 4 dakwaan / kesimpulan dibuat Rafizi yang lebih cenderung kepada nafsu politik dan terpesong daripada fakta perakaunan sebenar:

2. RAFIZI: Keuntungan RM3.53 bilion yang diumumkan oleh Datuk Seri Jamil Khir pada 4 Februari 2016 lalu tidak mengambil kira kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti yang dipegang Tabung Haji sebagai pelaburan.

Memandangkan prestasi Bursa Kuala Lumpur jatuh mendadak sepanjang tahun 2015, kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti diunjurkan boleh mencecah sehingga RM3.14 bilion. Jika kerugian akibat kejatuhan harga saham mencecah paras tersebut, ia boleh menghapuskan keuntungan yang diumumkan oleh Datuk Seri Jamil Khir.




JAWAPAN AZMI:

Lim Sian See juga telah dihalang daripada akses di laman Facebook Rafizi cuba memperbetulkan Rafizi sekali lagi berkenaan unjuran kerugian ditulis Rafizi kononnya boleh mencecah sehingga RM3.14 bilion:

“Hari ini saya yakin Rafizi adalah seorang amatur dalam analisa kewangan. Hari ini Rafizi mendakwa kononnya Tabung Haji mungkin telah kerugian hingga RM3 bilion jika Bursa Malaysia menjunam 10 peratus pada 2015 dan rizab adalah negatif. Betapa ceteknya Rafizi. Biarpun mempunyai analisa berganda muka surat sekalipun lengkap dengan jadual tetapi perkiraan yang mudah pun sudah silap, tidak ada gunanya.” https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1764561373762649

Dari perspektif perakaunan pula, Rafizi sekali lagi menunjukkan beliau jahil berkenaan peraturan perakaunan, kerana kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti tidak memberi kesan pada distributable reserves (rizab boleh agih) / RBA (Rizab Boleh Agih, bukan Red Bean Army).

Begitu juga keuntungan pun tidak memberi kesan pada RBA.

Untung atau rugi hanya akan menjadi kenyataan apabila pengimbangan pelaburan dan dalam hal ini, Tabung Haji berada dalam kedudukan mengekalkan pelaburannya sehingga nilai dipulih jika tidak diimbangi daripada perolehan daripada aset lain melalui portfolio pelaburannya.

Tambahan pula, harga jualan atau nilai saham pada syarikat bersekutu atau anak syarikat lazimnya adalah tinggi daripada nilai buku disebabkan penilaian semasa adalah bersandarkan kepada unjuran aliran tunai terdiskaun (discounted cashflow projections) dan bukannya daripada kunci kira-kira.

Penyata kewangan 2015 belum lagi diterbitkan namun bagi tujuan perdebatan, contohnya jika rizab kumpulan bertukar negatif lantaran prestasi pasaran saham (yang diluar kawalan), sebagaimana diandaikan Rafizi, ia tetap TIDAK akan memberi kesan kepada rizab boleh agih mahupun kecairan Tabung Haji kerana:

(i) Pelaburan adalah untuk jangka panjang.

(ii) Ia bukanlah pergerakan aliran tunai, dan

(iii) Tabung Haji masih kukuh. Untuk itu, aset tidak akan dilupuskan pada harga dipaksa.

Rafizi kemudian mencuba satu lagi taktik melalui analisanya (Bahagian 2: Analisa Penyata Pendapatan) di mana dia mendakwa terdapat kerugian pada nilai ekuiti (dirujuk sebagai ‘Perubahan pada nilai wajar sekuriti dan boleh dijual), sepatutnya dicatatkan sebagai kerugian pada Penyata Perolehan dan bukannya pada Penyata Perolehan Komprehensif.

Kerugian (RM2.4 bilion) pada Penyata Perolehan Komprehensif turut dipaparkan sebagai kerugian di bawah Rizab Tidak Boleh Agih pada Penyata Perubahan Kewangan atau Rizab.

Jika CFO Tabung Haji, Ketua Audit Negara dan Lembaga Standard Perakaunan Malaysia sedangkal Rafizi, sudah tentu ia akan memberi kesan kepada penurunan perolehan. Rafizi sengaja tidak memperdulikan fakta pada masa lalu, perolehan dalam pelaburan ekuiti tidak akan diambil sebagai pendapatan atau keuntungan untuk alasan yang sama: contohnya – pelaburan adalah dipegangmilik pada jangka panjang dan ia adalah pergerakan bukan aliran tunai.

Rafizi menunjukkan kedangkalannya pada standard paling minimum perakaunan (perkara hasil vs modal dan rizab hasil vs rizab modal) dan konsep perakaunan.

Saya juga pelik di mana Rafizi sebenarnya mahukan kerugian modal bagi mengimbangi pendapatan dan mengurangkan rizab boleh agih agar pendeposit akan menerima dividen yang lebih rendah. Kenapa? Bagaimana ini boleh menguntungkan sesiapa? Hanya untuk menampakkan Tabung Haji dan kerajaan teruk?

Contoh ini hanya memperlihatkan betapa Rafizi mempunyai hati yang busuk.

Apapun, pendapatnya mengenai analisa ini langsung tidak bernilai kerana dia TIDAK BOLEH mengubah standard perakaunan antarabangsa dan Akta Syarikat hanya berpandukan kepada kemahuan dan sesuka hatinya.

Rafizi juga mungkin tidak menyedari, banyak syarikat akan bersorak jika keuntungan belum terealisasi diterima sebagai dividen dan kemudian melingkup jika bersandarkan kepada pendapat Rafizi ini.



Azmi Arshad, 50, memiliki ijazah perakaunan daripada Universiti East Anglia, Norwich, United Kingdom pada 1986. Beliau berjaya melepasi peperiksaan profesional di Institut Perakaunan Berkanun (Institute of Chartered Accountants in England & Wales) atau ICAEW pada 1990. ICAEW mempunyai lebih 144,000 ahli di 160 negara.

Berlatarbelakang perakaunan profesional di pelbagai sektor korporat termasuk di firma audit KPMG Peat Marwick di London, beliau turut menjawat pelbagai jawatan termasuk Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Ketua Pegawai Operasi serta turut dilantik sebagai Pengerusi bagi kumpulan penilaian usaha wajar bagi ekuiti dan pengumpulan piutang serta pelbagai pematuhan korporat syarikat disenarai awam.

Artikel penuh Azmi Arshad:
https://www.facebook.com/azmi929/posts/928651117255692