Rafizi Ramli Menyimpan RM464,372 di Tabung Haji Setakat 2014

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Ahli Parlimen Pandan yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli ada menyimpan sebanyak RM464,372 di Tabung Haji setakat pengisytiharan harta beliau untuk tahun 2014.

Jumlah berkenaan jika dinilai dengan jumlah bonus yang beliau terima, jumlahnya mungkin akan mencecah RM500,000 jika simpanannya meningkat sepanjang 2 tahun lalu.

Di saat beliau begitu lantang mengkritik, menghentam dan berusaha menjatuhkan kredibiliti Tabung Haji, beliau sendiri ada membuat simpanan di Tabung Haji dalam jumlah yang cukup tinggi. Dengan fitnah terhadap Tabung Haji yang dilakukan oleh beliau, bukan sedikit rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh Rafizi ini.

Banyak kes dilaporkan dimana ada pendeposit telah mengeluarkan kesemua wang simpanannya di Tabung Haji hanya semata-mata terpengaruh dengan fitnah-fitnah beliau. Sebenarnya Rafizi tidak rugi apa pun sebaliknya menikmati kadar bonus yang tinggi hasil pengumuman Tabung Haji berkenaan. Yang rugi adalah pendeposit dari kalangan rakyat biasa yang amat mudah diperbodohkan dengan fitnah Rafizi.

Mungkin mereka yang tertipu dengan dakyah palsu Rafizi ini boleh membuat saman terhadap beliau kerana beliau antara individu yang paling lantang memfitnah Tabung Haji. Seperti yang diberitahu sebelum ini, Rafizi tidak rugi apa-apa, sebaliknya mereka yang sudah termakan dengan dakyah karut beliau yang mengalami kerugian besar.

Disamping itu, Rafizi cuba menonjolkan diri selaku “hero” masyarakat dengan memperjuangkan nasib rakyat yang kini terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi. Kini, adakah Rafizi sanggup mendermakan wang bonus Tabung Hajinya kepada rakyat yang dakwanya sedang terseksa dengan kos sara hidup hari ini?

Malah, dakwaan beliau kononnya ada pelajar IPT kita mengalami pecah usus akibat menahan kelaparan kerana kenaikan kos sara hidup. Beranikah beliau mendedahkan muka pelajar berkenaan dan seterusnya menyumbangkan bonus Tabung Hajinya kepada pelajar berkenaan?

Beliau juga antara individu yang giat menghentam 1MDB sehingga tindakan 1MDB melalui Yayasan 1MDB menghantar lebih 1,000 orang yag terpilih untuk menunaikan haji setiap tahun.

Persoalannya, berapa ramai yang beliau sanggup hantar untuk mengerjakan haji melalui bonus yang diterimanya? Hari ini kos mengerjakan haji adalah RM9,980 seorang. Berapa ribu sangat yang perlu dikeluarkan oleh Rafizi menaja jemaah haji di kawasan beliau untuk menunaikan haji?

Percayalah, selepas ini, akan timbul pula fitnah terbaru beliau terhadap Tabung Haji walaupun setiap tahun beliau menerima bonus simpanannya di Tabung Haji.

Sumber:http://www.pru14.tv/2016/02/05/sanggupkah-rafizi-dermakan-bonus-tabung-hajinya-kepada-rakyat/