Rafizi Terdesak Cari Kesalahan Tabung Haji

Berikut adalah jawapan (Bahagian 4) daripada 4 dakwaan / kesimpulan dibuat Rafizi yang lebih cenderung kepada nafsu politik dan terpesong daripada fakta perakaunan sebenar:

4. RAFIZI: Tabung Haji membayar bonus melebihi keuntungan yang dijana pada tahun-tahun 2012 dan 2014. Bonus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 (yang dibayar pada awal 2013) besar kemungkinan bermotifkan pilihanraya.

Bonus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 (yang dibayar pada awal 2015) disyaki berlatar belakangkan krisis 1MDB bila mana pihak berkuasa perlu meyakinkan rakyat bahawa masalah kewangan 1MDB tidak mempunyai kesan kepada pasaran kewangan tempatan.




JAWAPAN AZMI:

Ini adalah satu kenyataan tidak bertanggungjawab Rafizi. Rafizi nampaknya terdesak sangat ingin mencari kesalahan Tabung Haji sehingga terpaksa mendakwa bonus “kemungkinan bermotifkan pilihanraya” dan “disyaki berlatar belakangkan krisis 1MDB”.

Manfaat untuk lebih 8 juta pendeposit adalah racun buat puak pembangkang.

Tahun 2012: RBA telah meningkat dari RM327 juta pada tahun 2006 ke RM895 million pada tahun 2011. Sekiranya bonus tidak melebihi keuntungan, RBA akan meningkat ke sekurang-kurangnya RM1.2 billion bagi tahun 2012.

Bilangan pendeposit pula telah meningkat dari 5.6 juta pada tahun 2010 ke 7 juta (25.3%) pada tahun 2011 dan 8.2 juta (20.3%) pada tahun 2012.

Maka tidak munasabah dan tidak masuk akal jika RBA hanya dibiarkan meningkat tanpa diagihkan bila tidak ada kemelesetan ekonomi berbanding bayar dividen kepada ramai orang Islam.

Lagipun, kadar dividen itu bukanlah sesuatu yang pelik.

Tahun 2014: Pada saya, polisi Tabung Haji mengekalkan kadar dividen secara stabil sama ada pada ketika ekonomi teruk atau tidak adalah sangat baik. Maka, sama ada bonus itu tinggi atau tidak adalah secara kebetulan bersandarkan kepada prestasi ekonomi. Apa yang penting ialah, pendeposit tetap menerima bonus sebab tujuan utama penyimpanannya adalah bagi menunaikan haji, sekurang-kurangnya buat 80 hingga 85 peratus pendeposit.

Adalah sangat tidak bertanggungjawab untuk Rafizi mengaitkannya dengan 1MDB. Dan sebagaimana sudah diperjelaskan sebelum ini, Tabung Haji telah mengambil langkah berjimat dengan mengumumkan dividen lebih rendah untuk 2014 bersandarkan kepada keadaan ekonomi dan selepas mengambil kira nasihat Bank Negara Malaysia, maka peningkatan kepada rizab boleh agih.

Dakwaan keempat ini adalah satu tindakan terdesak Rafizi dan sangat memalukan di mana ianya adalah sesuatu difikirkan kemudian oleh Ahli Parlimen itu bagi menimbulkan keraguan terhadap Tabung Haji.

Saya tahu ini bukan terakhir daripada Rafizi. Saya harap kita semua dapat memberitahu Rafizi di Facebook miliknya, hentikan tindakan menimbulkan kebimbangan di kalangan ummah tanpa asas.

Saya tidak boleh meninggalkan komen lagi di laman Facebook milik Rafizi kerana sudah dihalang. Dan tentu sekali, bersiap sedialah untuk menerima reaksi seperti berikut: https://www.facebook.com/mynationmalaysia/photos/a.1618532251696007.1073741828.1604060349809864/1707283376154227/?type=3

Semoga Allah SWT gagalkan rancangan jahat Rafizi Ramli memburukkan institusi Islam dan merosakkan ummah.

*Distributable reserves = rizab boleh agih = revenue reserves (e.g retained earnings)

*Non-distributable reserves – rizab tidak boleh agih = capital reserves (e.g. revaluation reserve, share premium account (for companies)



Azmi Arshad, 50, memiliki ijazah perakaunan daripada Universiti East Anglia, Norwich, United Kingdom pada 1986. Beliau berjaya melepasi peperiksaan profesional di Institut Perakaunan Berkanun (Institute of Chartered Accountants in England & Wales) atau ICAEW pada 1990. ICAEW mempunyai lebih 144,000 ahli di 160 negara.

Berlatarbelakang perakaunan profesional di pelbagai sektor korporat termasuk di firma audit KPMG Peat Marwick di London, beliau turut menjawat pelbagai jawatan termasuk Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Ketua Pegawai Operasi serta turut dilantik sebagai Pengerusi bagi kumpulan penilaian usaha wajar bagi ekuiti dan pengumpulan piutang serta pelbagai pematuhan korporat syarikat disenarai awam.

Artikel penuh Azmi Arshad:
https://www.facebook.com/azmi929/posts/928651117255692