Rafizi tidak tahu bezakan antara Rizab Boleh Agih Dan Rizab Tidak Boleh Diagih

Berikut adalah jawapan (Bahagian 1) daripada 4 dakwaan / kesimpulan dibuat Rafizi yang lebih cenderung kepada nafsu politik dan terpesong daripada fakta perakaunan sebenar:

1. RAFIZI: Kedudukan rizab Tabung Haji diunjurkan terus negatif bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 iaitu dua tahun berturut-turut rizab Tabung Haji mengalami defisit. Ini selaras dengan peringatan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia. Defisit rizab Tabung Haji bagi tahun kewangan 2015 diunjurkan boleh mencecah sehingga RM3.195 bilion. Rizab yang negatif bermakna Tabung Haji tidak berkeupayaan memulangkan semua simpanan pendeposit Tabung Haji jika ia dituntut serentak oleh pendeposit.




JAWAPAN AZMI:

Rafizi tidak lebih daripada mengitar semula salah fahamnya terhadap rizab negatif dan kaitannya dengan pendeposit. Saya telah ulas berkenaan rizab yang negatif tetapi Rafizi masih tak faham atau buat tak faham. Saya tidak dapat komen di page dan Twitter Rafizi sebab telah di block (dihalang).

Rafizi tidak tahu bezakan antara Rizab Boleh Agih (distributable reserves) dan Rizab Tidak Boleh Di Agih (non-distributable reserves).

RBA adalah POSITIF, bukan negatif. Selain itu, saya juga telah ulas bahawa rizab (samada positif atau negatif) tidak berkait dengan keupayaan memulangkan semua simpanan pendeposit Tabung Haji.

Saya tak tahu samada Rafizi bodoh, jahil bidang perakaunan (pelik kalau benar) atau sengaja ingin mengelirukan dan menghasut orang awam.

Saya telah ulas berkenaan rizab di dua capaian berikut:

https://www.facebook.com/azmi929/posts/925520847568719

https://www.facebook.com/azmi929/posts/927735757347228

Saya telah nyatakan sebelum ini: Secara ringkasnya, dia secara dangkalnya membuat andaian satu senario di mana semua pendeposit tidak mahu menunaikan haji maka mengeluarkan keseluruhan 100 peratus simpanan.

Cubalah dapatkan visa haji sendiri tanpa melalui Tabung Haji, nanti kita akan tahu.

Kedua, rizab tidak ada kaitan dengan aliran tunai.

Ketiga, Rafizi tidak mengambil kira nilai wajar portfolio aset Tabung Haji di mana tidak semua dinilai semula atau dimasukkan dalam akaun. Tambahan pula, Tabung Haji sudah memberi jaminan wang pendeposit selamat. Ia bukan sahaja dijamin oleh aset malah turut dijamin kerajaan maka bakal jemaah haji tidak perlu bimbang.

https://www.facebook.com/azmi929/posts/921248484662622

KENYATAAN TABUNG HAJI:
“Untuk makluman pendeposit, nilai aset TH mestilah mengambil kira keseluruhan nilai saksama potfolio pelaburan TH. Ini adalah kerana nilai aset yang dinyatakan tidak mengambil kira potfolio pelaburan seperti saham anak-anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki TH. Sepanjang tahun kewangan 2014 dan 2015, nilai keseluruhan aset TH adalah lebih tinggi daripada nilai liabiliti TH, dimana ia mengambil kira kesemua nilai saksama potfolio pelaburan TH.”

“Prestasi kewangan TH berada dalam keadaan baik disokong oleh aset-asetnya yang kukuh termasuk peratusan mudah tunai yang tinggi. Contohnya, aset tunai sahaja pada 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM10.7 bilion. Di samping itu, pendeposit tidak perlu risau kerana simpanan mereka di TH dijamin oleh Kerajaan, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Tabung Haji. TH juga tidak pernah lari dari tujuan asal penubuhannya dalam membantu umat Islam di Malaysia menunaikan Rukun Islam ke-5.” https://www.facebook.com/TabungHaji/posts/1032688570125674

Analisa Rafizi (Bahagian 3: Analisa Rizab dan Keupayaan Tabung Haji Membayar Balik Pendeposit) berkisar tentang rizab negatif tanpa menyedari ia bukanlah rizab tetapi nilai wajar kepada aset yang dijadikan indikasi kepada Tabung Haji sama ada ia mampu memenuhi keperluan kewangan atau sebaliknya. Rafizi telah menyeleweng dan mengitar semula kesilapan terdahulunya.



Azmi Arshad, 50, memiliki ijazah perakaunan daripada Universiti East Anglia, Norwich, United Kingdom pada 1986. Beliau berjaya melepasi peperiksaan profesional di Institut Perakaunan Berkanun (Institute of Chartered Accountants in England & Wales) atau ICAEW pada 1990. ICAEW mempunyai lebih 144,000 ahli di 160 negara.

Berlatarbelakang perakaunan profesional di pelbagai sektor korporat termasuk di firma audit KPMG Peat Marwick di London, beliau turut menjawat pelbagai jawatan termasuk Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Ketua Pegawai Operasi serta turut dilantik sebagai Pengerusi bagi kumpulan penilaian usaha wajar bagi ekuiti dan pengumpulan piutang serta pelbagai pematuhan korporat syarikat disenarai awam.

Artikel penuh Azmi Arshad:
https://www.facebook.com/azmi929/posts/928651117255692