Satu Gurauan Kasar Dengan Tabung Haji Yang Gagal

Rafizi Ramli telah salah sekali lagi. Beliau telah gagal dalam usaha beliau untuk ‘memerangkap’ Tabung Haji.

Tabung Haji menolak dakwaan yang ia menggunakan ‘perakaunan kreatif’ untuk menyediakan penyata kewangan, dan berkata penyata tersebut dikeluarkan mengikut piawai yang digariskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB).

Penyata yang diterbitkannya juga mematuhi prinsip syariah sepenuhnya.

Tabung Haji mengambil maklum yang Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang pada 3 Februari telah mengesahkan Jabatan Audit Negara mendapati polisi perakaunan Tabung Haji adalah konsisten dengan mematuhi konsep berhemat.

“Maka, tiada isu dengan perakaunan kreatif oleh Tabung Haji seperti yang disebutkan oleh beberapa pihak,” ujar Tabung Haji di dalam satu kenyataan.

Tabung Haji baru-baru ini menimbulkan kontroversi selepas sepucuk surat dari Bank Negara kepada dana tersebut telah didedahkan. Kandungan surat itu menyatakan yang bank pusat itu memberi amaran yang rizabnya semakin menghampiri negatif, kerana ia mempunyai hanya 98 sen untuk setiap RM1 liabiliti dan ini akan menjadikan Tabung Haji tidak mampu membayar dividen kepada 9 juta pendeposit pada tahun ini, jika keadaan tersebut tidak diselesaikan.

Tabung Haji mengakui kewujudan surat itu tetapi berkata, sekiranya portfolio pelaburannya diambil kira, asetnya akan melebihi liabiliti.

Pada Febuari 4, Tabung Haji mengumumkan dividen 2015 5% untuk pendepositnya, berbanding 6.25% untuk tahun 2014, dan bonus 3% kepada pendeposit yang belum menunaikan haji, berbanding 2% pada tahun 2014.

Penegasan Tabung Haji ini ketika kritikan semakin memuncak susulan tuduhan ke atas dana haji tersebut oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang berkata pada 9 Febuari, kemampuan untuk membayar dividen bagi tahun 2015 bukanlah satu ukuran mengenai kedudukan kewangannya.

Rafizi berkata, pengumuman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang Tabung Haji telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM3.53 bilion adalah tidak tepat dan mengelirukan, kerana ia tidak mengambil kira kerugian yang dialami dari pegangan saham dan sekuriti.

Lembaga itu berkata, keuntungan terkumpulnya masih berada di paras positif selepas pembayaran bonus 2015 pada 4 Februari lalu.

Menurut TH keuntungan terkumpulnya juga kini berada pada paras RM609 juta, berbanding RM293 juta pada akhir 2014.

Mengulas lebih lanjut mengenai pemberian bonusnya, TH berkata kuantum bonus yang ditetapkannya bagi 2015 adalah berdasarkan keuntungan tahunan semasa dan bukan menggunakan rizabnya.

Bonus 2015 dibayar berdasarkan keuntungan tahunan semasa dan tidak sesekali menggunakan rizab.

Dalam kenyataan itu, ia turut menjelaskan bahawa TH mempunyai dua kategori rizab iaitu Rizab Boleh Agih dan Rizab Tidak Boleh Agih.

Menurutnya Rizab Boleh Agih terdiri dari keuntungan terkumpul dan keuntungan tahun semasa.

Manakala Rizab Tidak Boleh Agih TH terdiri dari Rizab Nilai Saksama (AFS) yang didakwanya berubah-ubah mengikut pasaran saham semasa.

Menurut TH sejak 8 Februari lalu, ia telah mengkredit sejumlah RM3.2 bilion bayaran bonus kepada 8.85 juta orang pendepositnya.

Sumber: http://justread-whatever.blogspot.my/2016/02/rafizi-fails-to-frame-tabung-haji.html