Sendiri Berdemo, Sendiri Gelar Pendemo Lain Ektremis

A-Ah! Sekarang baru kita tahu betapa pemimpin DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng membenci demonstrasi, sehinggakan mereka melabel pendemo ini sebagai ektremis.

Bagus! Tetapi bagaimana pula dengan perhimpunan jalanan untuk menggulingkan kerajaan yang disokong oleh DAP dan sekutunya? Juga, demo di Istana Kehakiman dan bangunan Parlimen? Adakah mereka mempunyai perasaan hormat kepada orang lain?

Ketua Menteri Pulau Pinang, marah apabila pendemo berdemo di rumah terbuka Tahun Baru Cina beliau pada Isnin, telah memanggil mereka sebagai ektremis yang tidak menghormati perayaan umum. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/02/09/demo-shows-no-respect-for-open-house-says-guan-eng/

Lim berkata perhimpunan itu bermotifkan politik dan mendakwa belum pernah mana-mana demonstrasi dianjurkan ketika rumah terbuka perayaan, termasuklah yang dianjurkan oleh Barisan Nasional dan parti komponennya.

“Pendemo ini tidak menghormati orang ramai yang menghadiri rumah terbuka perayaan,” ujar Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.

Ayah beliau Lim Kit Siang lebih berani apabila menuduh ketua media sosial UMNO Ahmad Maslan sebagai dalang demo terbabit.

Bodoh betul bapa dan anak ini!

Kit Siang berkata ‘orang yang pintar’ tidak akan menghadiri perhimpunan yang langsung tidak bersifat ke-Malaysia-an ini. Maka Bersih dan demonstrasi jalanan lain yang anda ada sokong adalah bersifat ‘ke-Malaysia-an’? Jangan sampai tergigit lidah sendiri apabila berkata sesuatu seperti ini.

Lim berkata, demo di Pulau Pinang telah melampaui batas yang sepatutnya tidak diusik oleh mana-mana individu yang memanggil diri mereka sebagai rakyat Malaysia dengan menunjukkan tingkahlaku dan perbuatan ektremis kepada sensitiviti kaum dan budaya lain yang ada di Malaysia, tidak kira dalam bentuk perayaan kaum atau agama. Ini merupakan kali pertama sejak merdeka 1957, perhimpunan seumpama ini diadakan ketika rumah terbuka perayaan dianjurkan oleh sama ada Perdana menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri, untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri atau Tahun Baru Cina.

Alamak! Bunyi macam beliau bercakap dari celah seluar dalam beliau!

Protes setengah jam itu telah dibuat oleh 30 orang ahli laman Penang Facebook Association di luar tempat rumah terbuka itu, di Pisa di Relau. Protes itu berkaitan dengan dakwaan DAP menerima RM1.2 bilion di dalam bentuk dana kempen dari Israel pada tahun 2013.

Lim mendakwa 15,000 pengunjung rumah terbuka itu kecewa dengan tindakan protes tersebut.

Beliau berkata kumpulan tersebut mempunyai hak untuk melakukan protes menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, tetapi menegaskan ianya tidak patut diadakan ketika acara perayaan.

Tuduhan itu kali pertama ditimbulkan oleh Mohamed Razali Abd Rahman, yang mendakwa beliau pernah bertugas sebagai pegawai khas kepada Lim Guan Eng, dan tuduhan beliau disebarkan secara meluas pada awal tahun ini, yang menyebabkan pengkritik dan pemerhati menyeru DAP menjelaskan keadaan yang sebenar.

Lim didakwa telah bertemu dengan seorang pemimpin Israel beberapa kali di Singapura untuk mengaturkan penyaluran dana ini.

Walau bagaimanapun, Lim berkata Mohamed Razali tidak pernah menjadi pegawai khas beliau.

Hey! Mengapa tidak berterus-terang sahaja. Buktikan yang anda tidak pernah bertemu dengan pegawai tinggi Israel sebelum ini. Sama seperti anda tidak henti-henti menekan Perdana menteri PM Najib Razak untuk menjelaskan mengenai derma RM2.6 bilion tersebut , anda juga patut menjelaskan perkara ini!

Sumber: http://justread-whatever.blogspot.my/2016/02/dap-hates-demo-ha-ha-ha.html