Seorang Melayu, Cina Dan India Yang Begitu Prihatin Dengan Tabung Haji

Seorang bekas warganegara Malaysia dan bukan Islam serta langsung tidak mempunyai sebarang latarbelakang perakaunan dan audit, tiba-tiba menerjah masuk kumpulan yang menyerang Lembaga Tabung Haji.

Maka sekarang kita ada semangat muhibbah membantai Tabung Haji yang penubuhannya adalah orang Islam.

Sekarang kita ada:

1) Seorang Melayu (Rafizi yang masih tidak menjawab persoalan mengapa dia tidak keluarkan simpanan hampir setengah juta Ringgit dalam Tabung Haji, walaupun katanya, rizab TH tak cukup dah.

2) Seorang Cina (Nga Kor Ming yang mahu audit akaun Tabung Haji dan memeriksa soal syariah dan rukun Islam ke-5).

3) Dan kini, ada seorang India, Ganesh Sahathevan.

Jangan mudah terperdaya dengan perkataan teknikal, pembendaharaan kata yang tak pernah muncul di telinga anda dan perincian maklumat berpilih.

Selepas berjaya mempengaruhi pendeposit hingga mengeluarkan wang simpanan hasil penat jerih empat kederat, pembenci Tabung Haji kini mahu memperbodohkan anda kononnya agensi itu sedang menjarah berbilion Ringgit bagi mengekalkan operasi.

Jika saya diizinkan 10 perkataan untuk menjawab Ganesh Sahathevan pada analisa aliran tunainya, mudah sahaja jawapannya: “TH bukan syarikat perniagaan, kontraktor atau bank, Bodoh.”

Berikut adalah jawapan saya kepada dakwaan jahat oleh seorang kafir harbi (semoga dia mendapat petunjuk dan hidayah)



1. PUTAR BELIT:

“.. pada kes Tabung Haji, angka peringkat kumpulan tidak memadai kerana tiada jaminan TH boleh mengeluarkan wang aliran tunai kumpulan bagi memenuhi obligasi kewangan kepada pendeposit yang pada bila-bila masa menuntut wang mereka.” – Ganesh

JAWAPAN SAYA:

Ganesh Sahathevan bercakap merepek mengenai syarikat induk tidak boleh mendapatkan aliran tunai daripada anak syarikat. Apa yang TH perlu lakukan ialah mendapatkan anak syarikat untuk mengumumkan dividen. Ketika saya menjawat jawatan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah syarikat minyak dan gas, tiada masalah untuk menggerakkan wang (mengikut undang-undang).

Hanya pada syarikat bersekutu atau perkongsian yang kadangkala kita sukar mendapatkan dividen pada jumlah yang tinggi. Jika syarikat pemegangan tidak mempunyai kuasa terhadap anak syarikat, (contoh: tidak menpunyai kuasa terhadap tunai anak syarikat), maka akaun anak syarikat tidak boleh disatukan kerana ia adalah anak syarikat di luar kuasa syarikat induk.

Ia akan dinisbahkan melalui ekuiti. Maaf, anda perlu gunakan ‘google’ bagi mendapatkan perincian bagi perakaunan ekuiti tetapi cukup untuk saya katakan, secara am, tunai pada ‘angka kumpulan’ dalam akaun disatukan (consolidated account) bukanlah kes sepertimana didakwa Ganesh kononnya ia tidak boleh disentuh, melalui tulisannya.

Sudah tentu TH secara jelas tidak akan mempunyai akses kepada baki tunai Bank Islam sebagaimana 31 Disember 2014 bagi aktiviti operasinya sendiri tetapi tunai itu boleh diakses melalui dividen, biarpun pada masa yang tidak lazim, namun ia bukanlah satu isu buat TH.



2. MENIPU:

“Pada tahun-tahun sebelum ini, TH telah kehilangan tunai berbilion. TH telah hilang berbilion tunai bagi tempoh 4 tahun.” – Ganesh.

JAWAPAN SAYA:

Inilah satu dusta terang-terangan dan penipuan oleh Ganesh Sahathevan. Terdapat perbezaan antara tunai operasi negatif dan ‘hilang berbilion ringgit tunai’.

Bukan itu sahaja TH sebenarnya menghasilkan tunai daripada operasi tetapi menjadi aliran keluar berikutan bonus dibayar kepada pendeposit di mana bonus diklasifikasikan di bawah ‘Aliran Tunai Daripada Operasi’ (Cashflow From Operations).

Sebab itu, kita perlu membaca Pernyataan Aliran Tunai sehingga habis, terutama pada bahagian tertera ‘Aliran Tunai Daripada Aktiviti Pelaburan’ (Cashflow From Investing Activities) dan ‘Aliran Tunai Daripada Aktiviti Pembiayaan’ (Cashflow From Financing Activities) di mana anda akan dapat melihat aliran keluar masuk tunai berkaitan pelaburan dalam hartanah, ekuti dan sekuriti hutang yang asas utamanya bagi bagi memperoleh pulangan aliran tunai.

Ia BUKANLAH wang berbilion hilang, penggunaan tunai bukanlah bermaksud kehilangan tunai. Jika benar berbilion hilang, ia sudah tentu dinyatakan dengan jelas pada Pernyataan Pendapatan (Income Statement) (P&L) dan rizab.

TH perlu membuat laporan polis terhadap fitnah dan penipuan dibuat Ganesh ini.



3. PUTAR BELIT LAGI:

“Walaupun kedudukan tunai mungkin berada di paras positif, ini adalah berikutan pinjaman, penjualan pelaburanm hartanah dan seumpamanya.” – Ganesh.

JAWAPAN SAYA:

TH adalah sebuah institusi unik di mana aktiviti pelaburan dan kewangannya juga adalah aktiviti operasi mereka biarpun tidak diklasifikasikan seperti itu pada pernyataan kewangan kerana mereka bukanlah bank, amanah saham atau institusi kewangan.

Aktiviti kewangan TH secara amnya diklasifikasikan sebagai aktiviti operasi oleh bank.

TH tentunya tidak tertakluk sebagai firma pelaburan tetapi ia tidak menghalang mereka untuk menghasilkan pulangan aliran tunai, sama seperti bagaimana ia dilakukan melalui pelaburan hartanah, ekuiti dan sekuriti hutang, contohnya, realiti secara praktikalnya, ia hanyalah satu klasifikasi perakaunan TH.

Untuk maksud ini, aliran tunai tetap dihasilkan daripada aktiviti kewangan dan pelaburan bagi Tahun Kewangan 2014 adalah RM 3.15 bilion (RM9.55 b – RM6.40 b) yang Ganesh secara sengaja meminggirkan maklumat ini.



4. PUTAR BELIT:

“Satu jumlah tunai desifit daripada operasi akan membuatkan perniagaan anda lumpuh daripada mampu meraih sebarang wang, dan memaksa ia melepaskan aset pada harga runtuh.” – Ganesh.

JAWAPAN SAYA:

Ini adalah kenyataan terlalu am, di mana ia mungkin benar atau tidak benar bagi satu organisasi dan bukan untuk organisasi yang lain. Hakikatnya, ia tidak boleh dirujuk kepada TH bagi alasan dinyatakan pada jawapan di atas.

Pada dasarnya, aliran tunai TH adalah daripada aktiviti pelaburan dan kewangan yang hampir kepada aktiviti operasinya.

Maka, jika anda orang biasa benar-benar pedulikan akan keadaan kewangan TH, anda sepatutnya bertanyakan soalan mudah berikut:

(a) Adakah Tabung Haji ketika ini muflis atau menuju ke arah muflis / bankrap?

(b) Adakah wang pendeposit berada dalam risiko?

(c) Adakah akan berlaku panik di mana semua mengeluarkan wang?

(d) Patutkah saya mengeluarkan wang simpanan saya walaupun saya belum menunaikan haji?

Jawapan saya kepada kesemua empat soalan di atas ialah, TIDAK, TIDAK, TIDAK dan TIDAK.

Dan anda akan bertanya kenapa, kenapa, kenapa dan kenapa?

(a) Lihat kepada kunci kira-kira – aset, liabiliti, dana, rizab. Tiada yang menunjukkan ia adalah muflis. Lihat kepada sejarah kewangan – tidak pernah pada satu masa pun TH berada dalam keadaan kewangan bermasalah biarpun ada anak syarikat mengalami kerugian. Jika pun TH muflis, ia tidak akan berlaku pada kehidupan kita ini, Insyallah. (mungkin masa akan datang memandangkan ramai menyokong Nga Kor Ming mencampuri hal Rukun Islam ke-5).

(b) Deposit disokong aset pelbagai dan dijamin kerajaan. Maka, bolehlah kita katakan simpanan dalam Tabung Haji lebih selamat daripada deposit kita di bank.

(c) Meskipun hakikatnya TH mampu membayar kembali wang pendeposit (sama ada dengan atau tidak dibantu kerajaan), hampir semua orang tidak mahu melepaskan kewajipan menunaikan Haji. Ia melibatkan 80 hingga 85 peratus pendeposit (melebihi 8 juta). Selebihnya adalah mereka yang menyimpan untuk pulangan yang lumayan. Jika mereka, (kira-kira setengah juta pendeposit), mempunyai pengetahuan kewangan, mereka tidak akan mengeluarkan simpanan selagi pulangannya adalah menarik dan lumayan.

Pulangan sebanyak 5 peratus (selepas zakat 2.5 peratus) adalah sangat menarik berbanding Simpanan Tetap sebanyak 3.8 peratus sebelum cukai apatah lagi dengan simpanan prinsipal anda dilindungi! Sudah tentu anda tahu mengapa Rafizi menyimpan hampir RM500,000 dalam Tabung Haji?

(d) Jika anda mengeluarkan wang anda sebelum dividen atau bonus akan datang, anda bukan sahaja kehilangan keduanya itu, tetapi giliran anda menunaikan fardhu Haji. Ya, anda boleh sahaja menyimpannya kembali namun biarpun wang anda sudah keluar walau sehari, anda perlu bermula semula dari awal untuk mendapatkan giliran!

Tidak tentu panjang umur untuk mengerjakan ibadah haji… dan beringat rezeki di tangan Tuhan.

Jika anda bertanya mengenai seorang yang tiada ilmu ada dalam kisah ini, ia adalah kerana saya diberitahu mengenainya dan paparan layar status lelaki novis ini. https://www.facebook.com/rausyanfikir/posts/10206925584590879

Mereka yang tahu mengenai novis ini tentu tahu bagaimana dia berpura-pura kononnya tahu mengenai sesuatu subjek walhal kosong, terutama perakaunan, kewangan korporat, pembiayaan (terutama bon), Penggabungan dan Pengambil-alihan (M&A) dan ekonomi.

Saya tidak mahu dituduh mengacau dan membuli budak ini namun jika dia mahu berdebat penyata kewangan TH, satu sama satu dalam isu ini, dia hanya perlu beritahu sahaja!

Novis ini bersandar kepada analisa Ganesh Sahathevan ibarat si buta memimpin si buta berjalan. Ganesh Sahathevan tidak mempunyai sebarang kelayakan perakauan dan audit mahupun pengalaman mengenainya. Bertambah parah ialah, pengikut Novis ini, boleh diibaratkan si buta memimpin si buta untuk memimpin si buta berjalan.

Masih ada orang yang percaya dengan golongan bangsat yang menghina dan memfitnah Tabung Haji?

Sudahkah Rafizi menjelaskan kepada kita mengapa simpanannya menjangkau 70 kali ganda deposit purata rakyat? Tak faham-faham? Tak serik lagi? Apa masalah anda?

Semoga Allah selamatkan ummah dan gagalkan rancangan musuh Islam dan golongan Melayu bangsat yang bersekongkol dengan mereka.



Azmi Arshad, 50, memiliki ijazah perakaunan daripada Universiti East Anglia, Norwich, United Kingdom pada 1986. Beliau berjaya melepasi peperiksaan profesional di Institut Perakaunan Berkanun (Institute of Chartered Accountants in England & Wales) atau ICAEW pada 1990. ICAEW mempunyai lebih 144,000 ahli di 160 negara.

Berlatarbelakang perakaunan profesional di pelbagai sektor korporat termasuk di firma audit KPMG Peat Marwick di London, beliau turut menjawat pelbagai jawatan termasuk Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Ketua Pegawai Operasi serta turut dilantik sebagai Pengerusi bagi kumpulan penilaian usaha wajar bagi ekuiti dan pengumpulan piutang serta pelbagai pematuhan korporat syarikat disenarai awam.

Pada masa terluang, Azmi dikenali dengan minatnya pada motosikal berkuasa besar, selain turut berkongsi ilmu perakaunan dan audit dengan rakan di laman sosial. Azmi boleh dihubungi di laman Facebook Azmi Arshad: https://www.facebook.com/azmi929?fref=ts