Sila Berhenti Serang Institusi Kewangan Islam

Salah satu sebab mengapa Akta Rahsia Rasmi (OSA) wujud adalah untuk melindungi rakyat Malaysia keseluruhannya.

Contohnya, halangan akses empat laman web serentak baru-baru ini adalah kerana mereka mendedahkan surat Bank Negara Malaysia kepada Tabung Haji dan melemparkan pelbagai tuduhan yang Tabung Haji akan muflis dan simpanan pendeposit akan menghadapi risiko.

Blog dan laman web ini yang melakukannya dan telah dihalang akses oleh SKMM adalah OutSyedTheBox, TabungHaji Insider, Din Turtle dan Medium (yang menerbitkan semula serangan Sarawak Report ke atas Tabung Haji dan enggan membuangnya).

Jika mereka dibiarkan berjaya menyebarkan panik ini dan kerajaan serta Tabung Haji tidak mengambil tindakan secepat mungkin, ada kemungkinan yang sangat pasti Tabung Haji akan tumbang.

Biar saya jelaskan.

‘Bank Run’ adalah satu situasi di mana terdapat sekumpulan besar pendeposit bank atau institusi kewangan mengeluarkan simpanan mereka serentak kerana kebimbangan mengenai kemungkinan institusi kewangan itu akan bangkrap.

Apabila lebih ramai yang mengeluarkan dana mereka, kebarangkalian untuk gagal menjadi semakin tinggi, lalu menyebabkan lebih ramai orang mengeluarkan simpanan mereka. Dalam kes yang ekstrem, rizab bank kemungkinan tidak mencukupi untuk menampung pengeluaran itu.

‘Bank Run’ kebiasaannya terjadi kerana panik yang disebabkan oleh khabar angin, berbanding dengan kemungkinan institusi kewangan itu akan benar-benar bangkrap. Walaubagaimanapun, institusi kewangan terbabit boleh berdepan risiko bankrap sekiranya semakin ramai individu mengeluarkan simpanan mereka – apa yang asalnya bermula sebagai panik boleh menjadi situasi bangkrap yang sebenar. http://www.investopedia.com/terms/b/bankrun.asp

Oleh kerana institusi kewangan hanya menyimpan sejumlah kecil deposit sebagai tunai, mereka mesti meningkatkan jumlah tunai untuk memenuhi permintaan pengeluaran pendeposit.

Salah satu caranya untuk meningkatkan jumlah tunai dengan cepat adalah menjual aset, kadang-kadang pada harga yang jauh lebih rendah berbanding jika ia tiada keperluan untuk menjualnya dengan cepat.

Kerugian kerana penjualan aset pada harga yang rendah boleh menyebabkan ia benar-benar bangkrap – iaitu sebagaimana ramalan untuk kepentingan diri sendiri bermula, sama ada sengaja tidak, oleh khabar angin.

Dan jika Tabung Haji tumbang kerana serangan kem Tun Mahathir dan Pakatan Harapan yang telah memulakan khabar angin ini, maka sudah tentu kerajaan akan menghadapi masalah dan tumbang.

Itulah taktik dan strategi mereka – dengan fokus yang jelas untuk menjatuhkan Tabung Haji dan sasaran sebenar mereka, kerajaan.

Memandangkan ini kali kedua mereka menyerang Tabung Haji dan serangan pertama telah menyebabkan satu siri pengeluaran dari Tabung Haji, terdapat kemungkinan yang sangat pasti yang rancangan mereka ini akan berjaya.

Nasib baik untuk Malaysia dan pendeposit Tabung Haji, mereka tidak berjaya kerana Tabung Haji berpegang kepada janji mereka dan mengisytiharkan dividen yang lumayan.