Subahat Dan Menyebarkan FItnah Dalam Islam Adalah Perbuatan Dicela

Subahat dan menyebarkan FITNAH adalah dicela didalam Islam.

Seorang Ustaz sebelum berkata-kata kena menyelidik perkara sebenar, bukan bercakap berdasarkan apa yang didengar tanpa bukti dan fakta sebenar.

Selain memiliki ilmu dalam pelbagai perkara, seorang Ustaz kena memiliki dan sepatutnya mengajar anak muridnya sifat Tabayyun untuk mengelak melakukan, menyebar dan bersubahat dengan fitnah.



Ini adalah Al-Sheikh Al-Hafiz Al-Dr. Al-Ustaz Azhar Idrus.

Bila dengar ucapan dia (lihat link di bawah), apa yang saya fahami adalah:

1. Kuota Haji tidak mencukupi (dipanjangkan masa) sebab kerajaan rolling duit Tabung Haji untuk kayakan kroni-kroni.

2. Dia juga mengaitkan 1MDB mengambil wang Tabung Haji.

Boleh dengar dia berdusta atas nama agama di sini : https://m.youtube.com/watch?v=ZcFEH6OF-X4



PENJELASAN:

1. Kuota Haji bukan Malaysia tentukan tetapi Arab Saudi.

2. Disebabkan hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi, maka pada tahun lepas diberi kuota tambahan sebanyak 2,100 jemaah untuk haji muassasah. Dan kerajaan akan terus menjalankan hubungan baik ini dan memohon kuota tambahan kepada jemaah haji walaupun dimaki, difitnah dan dicaci oleh ustaz video ini.

3. Subsidi yang ditanggung oleh TH meningkat saban tahun seperti berikut:

2013 – RM5,575
2014 – RM6,175
2015 – RM7,290

Kata-kata terhebat UAI : “..Bodoh Mu…”

Lain kali dengar lagi kuliah-kuliah dia.

Oleh Dr Aznil Hisham,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=574953612671697&set=a.101594550007608.3999.100004711893521&type=3