Subsidi Kesihatan Kita Adalah Yang Tertinggi Di Dunia

Semalam di hospital ada pesakit yang alami serangan jantung yang agak teruk. Doktor yang merawat telah memohon aku melihat kes ini memandangkan kesnya agak kompleks dan memerlukan rawatan pakar. Aku pun periksa pesakit itu dan kemudian putuskan untuk memberikan ubat mencairkan darah yang berharga RM3,000 untuk pesakit itu.

Apabila doktor pakar merawat, adalah lumrah bagi doktor-doktor lain, staf dan pelajar perubatan untuk ikut sama bagi mengambil peluang belajar dari doktor pakar.

Aku pun beritahu tentang cara merawat kes berkenaan dan ubat yang digunakan itu berharga RM3,000. Namun pesakit hanya bayar RM1 sahaja untuk ubat itu. Rata-rata pelajar perubatan aku terkejut dan tidak percaya.

Dan aku maklumkan kerajaan Malaysia menanggung subsidi kesihatan untuk rakyat. Subsidi kesihatan kita adalah yang tertinggi di dunia. Di sinilah mengalirnya bayaran GST dan cukai anda.

Kita wajar mendidik generasi baru untuk bersyukur dan menjadi makhluk yang berterima kasih.

Oleh Dr Abdul Rahman Abdul Kadir,
https://www.facebook.com/rahman.kadir.3?fref=ts