Suruh Rakyat Keluarkan Simpanan Tabung Haji, Tapi Beliau Simpan Setengah Juta Dalam Tabung Haji

YB Rafizi sudah panas.

Posting terbarunya siap dengan gambar bahawa dia telah menunaikan ibadah haji pada tahun 2013 tetapi segan nak mengumumkan kepada orang-ramai.

1) Rakyat tidak tuduh Rafizi ada RM400,000.

Rakyat tuduh Rafizi ada RM500,000.

Yang dedahkan YB Rafizi ada RM400,000 ialah YB Rafizi sendiri (RM464,732.32 pada 4 Disember 2014).

Kamu sendiri dedah, kata orang fitnah kamu? Apa kebodohan ini? Ataupun gurau saja?

Sekarang sudah Febuari 2016 – dan bayaran dividen 2014 dan 2015 pasti sudah masuk akaun Rafizi dan baki Tabung haji YB Rafizi pasti sudah mencecah RM500,000.

2) Rakyat tidak tuduh Rafizi tidak menunaikan Haji. Orang tanya lain, YB jawab lain. Jangan pusing!

Tetapi rakyat persoalkan mengapa Rafizi masih simpan duit sebanyak ini dalam Tabung Haji walaupun Rafizi sering tuduh Tabung Haji mengalami kerugian yang besar, rizabnya negatif dan tidak mampu bayar dividen.

Apa jawapan YB Rafizi tentang kedua-dua perkara ini?

Yang telah menunaikan ibadah haji tetapi masih mahu simpan duit sebanyak ini dalam Tabung Haji ini apa cerita?

Sebab YB Rafizi yakin dengan pengurusan Tabung Haji, yakin bahawa wang simpanan dia selamat dalam Tabung Haji dan yakin bahawa setiap tahun akan ada dividen yang lumayan untuk dia?

Kalau macam itu, mengapa pula setiap beberapa bulan YB Rafizi asyik buat tuduhan tidak berasas ke atas Tabung Haji untuk menakutkan orang ramai?
——
Rafizi panas tentang Tabung Haji:
https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/photos/a.468696556498190.111706.145165568851292/1099189950115511/?type=3

Rafizi isytihar aset:
http://rafiziramli.com/wp-content/uploads/2015/03/Final-Statutory-Declaration-Rafizi-Ramli-Assets-10032015.pdf

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1763596987192421&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3