Tabung Haji Proaktif Untuk Terus Kukuh Amalan Pengurusan Risiko

Pengawasan Terhadap Institusi Kewangan Bukan Bank.

Sebagai sebahagian dari mandat untuk mempromosi kestabilan kewangan, Bank Negara Malaysia telah membuat pengawasan ke atas institusi kewangan bukan bank yang penting yang mempunyai hubungkait yang penting dengan sistem kewangan. Ini disokong oleh penubuhan Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan (FSEC) di bawah Akta Bank Pusat Malaysia 2009 yang dipengerusikan oleh Gabenor yang ahlinya termasuklah Ketua Setiausaha Pembendaharaan, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Insurans Deposit Malaysia dan seorang luar bebas.

Berdasarkan pengawasan bank, bank dan FSEC boleh, dari masa ke semasa, mengeluarkan nasihat terhadap institusi kewangan bukan bank yang utama sebagai langkah untuk mempromosikan kedudukan kewangan yang kukuh dan mengelakkan sebarang implikasi sistemik terhadap sistem kewangan. Berkaitan dengan Tabung Haji, institusi tersebut telah mengambil langkah secara proaktif untuk terus mengukuhkan amalan pengurusan risiko, melalui inisiatifnya sendiri dan juga respon dengan pihak Bank. Ini akan menguatkan kedudukan kewangan yang sihat dan mampan untuk institusi terus maju ke hadapan.

Memandangkan Lembaga Tabung Haji tidak terletak di bawah pengawasan langsung Bank, nasihat yang dikeluarkan oleh Bank kepada institusi kewangan bukan bank adalah bertujuan untuk memastikan institusi tersebut terus diurus dengan baik dan melaksanakan tugas sepertimana yang dimahukan ketika penubuhannya. Ini akan menyumbang kepada kestabilan kewangan.

Bank Negara Malaysia
26 January 2016

Sumber: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press_all&ac=3325&lang=en