UniKL Diarah Untuk Panggil Semula Panggil Pelajar Miskin Yang Terpaksa Hentikan Pengajian

Pro-Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Tan Sri Annuar Musa mengarahkan pengurusan universiti itu memanggil semula semua pelajarnya yang didakwa terpaksa menghentikan pengajian kerana menghadapi masalah kewangan.

Baca: MARA Kekal Menaja Pelajar Miskin Bumiputera.
https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat/posts/978543535515031:0

Kata Annuar, beliau tidak mahu ada mana-mana pelajar Melayu atau bumiputera berasal daripada keluarga miskin terpaksa berhenti daripada universiti itu kerana masalah demikian.

“Sekiranya benar ada walau seorang anak Melayu/Bumiputera yang telah berhenti dari UniKL kerana miskin dan tak dapat tajaan, saya mengarahkan Presiden UniKL memanggil mereka kembali belajar dan kita luluskan tajaan serta merta,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO semalam menjelaskan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengagihkan pinjamannya kepada para pelajar yang memerlukan di UniKL dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, pembayaran itu mengalami sedikit kelewatan kerana MARA perlu membuat beberapa pengubahsuaian bagi memastikan pelajar yang layak tidak terlepas daripada menerima bantuan itu.

MARA bersetuju menaja kesemua pelajar-pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa) berdasarkan kepada tiga kategori pembiayaan seperti berikut:

KATEGORI 1
Bagi pelajar daripada golongan pendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah akan mendapat pembiayaan pelajaran penuh daripada MARA (yuran pengajian dan elaun sara hidup).

KATEGORI 2
Bagi pelajar daripada golongan pendapatan isi rumah di antara RM8,001 hingga RM15,000 pula akan mendapat pembiayaan yuran pengajian daripada pihak MARA.

KATEGORI 3
Manakala bagi pelajar daripada golongan pendapatan isi rumah melebihi RM15,000 sebulan akan dipertimbang pembiayaan melalui proram kerjasama MARA dan bank-bank tempatan.

Kenyataan Annuar itu sekali gus mengenepikan fitnah jahat yang dilemparkan oleh pakar propaganda terkenal pembangkang, Rafizi Ramli mengenai nasib pelajar miskin di UniKL tidak dibela.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat sebelum ini menuduh MARA konon gagal menyediakan pembiayaan kepada pelajar yang memohon bagi kemasukan di UniKL.