GST Naik Jika BN Menang PRK?

Hamidah Osman yang dahulunya merupakan wanita agresif dan sangat terkenal dengan kerja-kerja ‘black-op’ sehingga akhirnya memakan diri melalui keputusan PRU-13 di DUN Sungai Rapat, berceramah menyokong calon PAN bersama-sama Tun Dr. Mahathir untuk PRK Kuala Kangsar.

Hamidah Osman tidak lagi menjadi ahli UMNO setelah keahliannya dipecat kerana melanggar disiplin parti.

Sebelum dipecat, malah ketika ‘kekalutan’ kerana kehilangan segala-galanya, banyak khabar-khabar angin membabitkan Hamidah Osman bertiup kencang. Kata mereka, setelah gagal menduduki jawatan Senator seperti yang diidam-idamkannya, Hamidah Osman telah diberikan jawatan sebagai Pengerusi TEKUN. Bagaimanapun, sebagai Pengerusi TEKUN, Hamidah Osman gagal melaksanakan tanggungjawabnya. Malah ada juga yang mengaitkan kegagalannya itu dengan adiknya sendiri.

Ketika berceramah di Chandan Puteri, Kuala Kangsar, dengan kehadiran penonton dan pendengar yang amat memalukan bagi majlis yang dihadiri oleh bekas Perdana Menteri, Hamidah Osman cuba memberikan alasan yang mewajarkan tindakannya menyokong calon PAN. Namun alasan tersebut langsung tidak sepadan dengan kredibiliti serta jawatan-jawatan yang pernah disandangnya sebelum ini.

Menurut Hamidah, Najib perlu digulingkan dan kemenangan di PRK Kuala Kangsar perlu diberikan kepada calon PAN bagi mengelakkan kenaikan kadar GST dari 6% menjadi 8%.

Kata Hamidah lagi, kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan memberi isyarat kepada Najib bahawa dia boleh menaikkan kadar kutipan GST.

Hamidah Osman cuba membayangkan bahawa Parlimen sudah tidak berfungsi lagi selepas BN berjaya mengekalkan kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. 222 orang Ahli Parlimen yang lebih 80 orang tidak mampu menentang apabila Najib mahu melaksanakan kutipan GST pada kadar 8%.

Atau Hamidah Osman cuba memperdayakan masyarakat pengundi di Kuala Kangsar kononnya, GSST 8% itu akan dikenakan kepada penduduk Kuala Kangsar?

Chong Chieng Jen, Pengerusi DAP Sarawak pada 31 Mac 2016 berkata, kalau BN menang besar di PRN Sarawak, kadar GST akan dinaikkan menjadi 10%. Hari ini pula, Hamidah Osman kata, kadar GST akan dinaikkan menjadi 8% kalau BN menang di Kuala Kangsar.

Bagaimana sekiranya kadar 6% kekal? Mahukah Hamidah Osman bersara terus dari politik, sebaliknya menjaga kepentingan perniagaannya yang diperolehi sepanjang dia bergelar Exco Kanan Perak?

Adakah dengan penghapusan GST seperti kemahuan kumpulan Protun dan taukeh-taukeh besar yang mendanai pergerakan Tun, maka SST yang mudah dimanipulasi oleh mereka, akan dikembalikan, sekaligus menyebabkan hanya rakyat yang perlu dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan kekayaan dan kemewahan mereka?

Hamidah Osman bukanlah nama kecil tetapi tindak tanduknya setelah kehilangan kuasa, jelas bukan sahaja mentalkinkannya tetapi juga sebagai paku terakhir yang menutup kerandanya!\

Sumber: http://theflyingkick.blogspot.my/2016/06/alahai-kak-midah-takkanlah-kerana.html