1MDB ingin menyatakan kami bukanlah pihak yang ditujukan dalam saman awam itu.

Kenyataan Media Oleh 1Malaysia Development Berhad: Sidang Akhbar Peguam Negara Amerika Syarikat.

1MDB mengambil maklum sidang akhbar yang diketuai oleh Peguam Negara Amerika Syarikat hari ini yang berkaitan dengan tindakan saman awam yang difailkan Kerajaan Amerika Syarikat.

1MDB ingin menyatakan kami bukanlah pihak yang ditujukan dalam saman awam itu, tidak memiliki sebarang aset di Amerika Syarikat, dan tidak pernah menerima manfaat daripada pelbagai transaksi yang disebut dalam saman awam itu

Tambahan pula, 1MDB tidak pernah dihubungi oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mahupun mana-mana agensi negara asing terhadap apa-apa siasatan dan saman.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, 1MDB akan bekerjasama penuh dengan mana-mana pihak berkuasa negara asing bersandarkan kepada protokol antarabangsa yang mentadbir isu seperti ini dengan turut merujuk kepada pihak berkuasa tempatan berkaitan.

http://www.1mdb.com.my/press-release/us-attorney-general-press-conference