Ada telurkah PAS nak menegur dan menganjurkan demo sebagai membantah kelancangan kenyataan Azmin?

“Seksi adalah ciptaan Tuhan, ada orang seksi, ada yang tidak seksi, ada orang cantik, ada yang tidak cantik. Kenapa kita perlu kisah dengan keseksiannya dan bukan lirik atau lagunya?” itu antara kenyataan Timbalan Presiden PKR itu yang dipetik dari portal FMT.

Sakan penulis gelak petang tadi bila terbaca kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang menganggap keseksian Selena Gomez adalah ciptaan Tuhan ketika mengulas isu penganjuran konsert artis itu di bumi Selangor.

Pasti bukan penulis seorang yang ketawa tak kering gusi, kerana menurut laporan portal itu lagi semua wartawan yang berada di majlis yang dihadiri Azmin petang tadi pun turut pecah ketawanya dek kerana kenyataan tersebut.

Entah bagaimana Azmin boleh terfikir idea sampai terpancul terkeluar kata-kata ‘seksi adalah ciptaan Tuhan’ sukar dimengertikan. Apa kaitan penampilan dan imej seksi Selena Gomez dengan ‘ciptaan Tuhan’? Kehendak individu itu sendiri untuk tampil dengan pakaian menjolok mata pamer keseksian diri bolehkah dikatakan ciptaan Tuhan? Tergaru-garu kepala penulis mencari jawapannya.

Memahami kenyataan MB Selangor itu mudah untuk masyarakat umum tafsirkan bahawa soal penampilan seksi individu atau seseorang artis bukan persoalan penting yang patut dibangkitkan, alasannya ia ciptaan Tuhan, yang penting hayati lagu dan liriknya. Itu pendirian Azmin.

Bagi kita pula, ada yang suka tengok keseksian seseorang artis, ada yang meluat dan benci, ada yang teruja, ada yang tidak kisah dan bermacam pandangan lagi namun yang pastinya semua setuju “berimej seksi atau berpakaian seumpamanya bukannya ciptaan Tuhan” tapi kehendak individu itu sendiri. Tak begitu?

Penulis terbayang kalau kenyataan sebegitu diucapkan oleh mana-mana pemimpin UMNO terutama sekali yang berjawatan Menteri, mahunya sejam dua kemudian pelbagai kenyataan kecaman berduyun-duyun datang dari pemimpin dan penyokong pembangkang terutama PAS memenuhi portal berita. Tak cukup tanah dihentam dan dikerjakannya.

Silap-silap malam ini atau esok juga pemimpin dan penyokong PAS berdemo sakan di jalanan membantah kenyataan yang dianggap tidak Islamik dan tidak sesuai dengan keIslaman pemimpin itu dan imej negara sebagai sebuah negara Islam. Itu pasti.

Tapi yang bercakap demikian adalah pemimpin PKR, Timbalan Presiden lagi yang semasa kekalutan Langkah Kajang terkangkang sebelum ini naik menjawat kedudukan MB Selangor atas sokongan PAS. Bagaimana reaksi pimpinan PAS sekarang? Kelu lidah atau terpana seketika antara percaya dan tidak?

Perlu diingat respon Azmin pasal isu seksi Selena itu berkait langsung dengan bantahan pemimpin PAS yang sebelum ini menentang konsert artis kelahiran Amerika Syarikat itu atas alasan “Selena Gomez bawa imej seksi dan liar yang boleh meruntuhkan akhlak anak bangsa.”

Tak cukup dengan alasan tersebut, pemimpin PAS menegaskan bantahan kerana penganjuran konsert tersebut telah mencemar sambutan bulan Syawal yang sedang diraikan umat Islam.

Jadi sekarang apa PAS nak buat? Beranikah berdemo bagi membantah penganjuran konsert Selena sebagaimana PAS pernah berdemo menentang konsert Inul Goyang, Beyonce, Rihanna dan pelbagai konsert lain sebelum ini?

Ada telurkah PAS nak menegur dan menganjurkan demo sebagai membantah kelancangan kenyataan Azmin yang mengibaratkan penampilan seksi Selena Gomez adalah ciptaan Tuhan. Tapi ingat, PAS dah pernah sekali langgar Azmin bila kekal bertanding di dua PRK berkembar, sekali lagi cari pasal dengan Azmin, bahana menanti PAS.

Apapun, kita tunggu dan lihat sejauh mana keberanian PAS untuk menjadikan retorik sebagai realiti kelak. Atau seperti biasa, bila terkena rakan sendiri, PAS mula buat konar baring dan cari kambing hitam untuk dipersalahkan. Mana satu? kita tengok nanti.

Sumber:http://www.mykmu.net/2016/07/azmin-kata-keseksian-selena-gomez-ciptaan-tuhan-beranikah-pas-anjur-demo-bantahan/