Bagi para penjawat awam, membeli aset mahal jauh di bawah harga pasaran dianggap satu bentuk rasuah.

Seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah salah satu daripada dua tuduhan rasuah yang difailkan pada Lim Guan Eng.

“Whoever, being a public servant accepts or obtains, or agrees to
accept or attempts to obtain, for himself or for any other person, any valuable thing, without consideration, or for a consideration which he knows to be inadequate, from any person whom he knows to have been, or to be, or to be likely to be concerned in any proceeding or business transacted, or about to be transacted, by such public servant, or having any connection with the official functions of himself or of any public servant to whom he is subordinate, or from any person whom fie knows to be interested in or related to the person so concerned, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to two years, or with fine, or with both.”

Seksyen 165 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa barangsiapa, yang menjadi penjawat awam menerima sesuatu benda yang berharga dengan suatu balasan yang ia ketahui tidak mencukupi, daripada seseorang yang ia ketahui ada mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya, melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 2 tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.  http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/B-05-355-12-2011.pdf

“Jual beli atas dasar pembeli-sanggup-penjual-sanggup bukan satu jenayah” adalah alasan yang paling biasa digunakan oleh mereka yang menyokong DAP dan Pakatan. Selain daripada digunakan dalam pelbagai kartun dan video propaganda, ia juga telah digunakan oleh Nga Kor Ming DAP di halaman Facebook beliau yang kini telah dinyahaktifkan. https://goo.gl/XzrJzm

https://www.youtube.com/watch?v=4zE-pypMOp8

Malangnya ia hanya separuh benar.

Walaupun ia tidak menjadi satu kesalahan untuk membeli aset pada harga diskaun, ia adalah satu kesalahan bagi PENJAWAT AWAM (yang Lim Guan Eng diklasifikasikan sebagai) untuk membeli aset pada harga diskaun yang besar daripada penjual yang mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan negeri dalam bidang di mana Penjawat Awam tersebut mempunyai penglibatan dan pengaruh ke atasnya.

Ini secara khusus yang dinyatakan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan Malaysia – digubal seawal 1937 – dan merupakan undang-undang asas anti-rasuah yang dimiliki oleh semua negara dalam dunia.

Jika anda bukan seorang penjawat awam maka undang-undang ini tidak terpakai kepada anda.

Bagi para penjawat awam, membeli aset mahal jauh di bawah harga pasaran dianggap satu bentuk rasuah. Untuk memahami mengapa Malaysia dan seluruh dunia menganggap ini sebagai rasuah dan bagaimana Lee Kuan Yew bertindak secara berbeza apabila berada dalam posisi yang sama seperti Lim Guan Eng, sila baca ini:

Mengapa Penjawat Awam Beli Aset Di Bawah Harga Pasaran Dari Orang Yang Melakukan Urusan Perniagaan Dengan Kerajaan Mereka Adalah Satu Isu Besar.
http://www.malaysia-today.net/why-public-officials-buying-assets-at-below-market-price-from-people-doing-business-with-their-government-is-a-big-deal/

Satu lagi alasan yang biasa digunakan oleh penyokong Lim Guan Eng adalah bahawa pemimpin tertentu BN tinggal di rumah yang lebih mewah daripada Lim Guan Eng dan mengapa mereka tidak disiasat.

Pendakwaan ini tidak ada kena mengena dengan bagaimana mahal rumah itu tetapi bagaimana anda membelinya dan dari siapa anda membelinya. Mereka boleh mempunyai pendapatan alternatif atau perniagaan sendiri.

Sebagai contoh, EXCO Pulau Pinang Phee Boon Poh mengisytiharkan bahawa dia mempunyai 8 hartanah di sini dan di luar negara tetapi dia tidak disiasat oleh SPRM atau PDRM kerana tidak ada bukti beliau membeli mana-mana aset pada harga diskaun yang besar dari individu yang menjalankan urusan perniagaan dengan kerajaan negeri yang mana Phee mempunyai pengaruh atau kawalan.

*Semua maklumat di sini sudah boleh didapati secara umum sejak beberapa bulan dan boleh diperolehi dengan mudah dengan carian Google*

Oleh Lim Sian See,

Baca penuh: https://www.facebook.com/wakeupmalaya/photos/a.577610995686989.1073741829.568824709898951/1011080449006706/?type=3