Berapa kali anda mahu diperbodohkan?

Biar saya mengingatkan semua rakyat Malaysia:

1) LAPAN tahun lalu, orang-orang PKR dan DAP pergi merata menyampaikan ceramah, jelajah, perhimpunan dan mengutip derma cuba untuk meyakinkan anda bahawa Pak Lah dan KJ adalah benar-benar bersalah atas pelbagai penyalahgunaan kuasa dan songlap walaupun tiada seorang pun daripada mereka didakwa.

Kemudian Pak Lah meletak jawatan. Tidak pernah ada apa-apa pendakwaan dan PKR serta DAP berpura-pura tiada apa yang berlaku.

2) TIGA tahun lalu, orang-orang PKR dan DAP pergi merata menyampaikan ceramah, jelajah, perhimpunan dan mengutip derma cuba untuk meyakinkan anda bahawa BN adalah benar-benar melakukan penyalahgunaan kuasa dan menipu pilihan raya PRU13 dengan ‘blackout’ dan 40 ribu ‘Bangla’ walaupun tidak pernah ada bukti kukuh kecuali video dan posting yang dilakukan oleh orang-orang “tidak diketahui”.

Kemudian BERSIH dan DAP bersetuju tidak ada sebarang bukti ‘blackout’ atau pengundi hantu. Tidak pernah ada dakwaan jenayah dan orang-orang PKR serta DAP berpura-pura tiada apa yang berlaku dan juga berkata mereka tidak pernah mengatakan yang sedemikian.

3) DUA tahun yang lalu, orang-orang PKR dan DAP pergi merata menyampaikan ceramah, jelajah, perhimpunan dan mengutip derma cuba untuk meyakinkan anda bahawa MB Selangor ketika itu dari PKR, Khalid Ibrahim adalah benar-benar bersalah atas pelbagai penyalahgunaan kuasa dan songlap walaupun dia tidak pernah didakwa.

Kemudian Khalid meletakkan jawatan. Tidak pernah ada apa-apa pendakwaan dan orang-orang PKR serta DAP berpura-pura tiada apa yang berlaku. Malah, PKR membuat permohonan maaf tanpa syarat di mahkamah kepada Khalid untuk semua tuduhan-tuduhan ini yang kini PKR katakan adalah palsu.

4) HARI INI, orang-orang PKR dan DAP pergi merata menyampaikan ceramah, jelajah, perhimpunan dan mengutip derma cuba untuk meyakinkan anda bahawa Lim Guan Eng TIDAK BERSALAH terhadap jenayah salah guna kuasa dan songlap walaupun dia DIDAKWA di mahkamah.

Berapa kali anda mahu diperbodohkan?

Oleh Lim Sian See,
http://limsiansee.blogspot.my/2016/07/sss-lge-lim-guan-eng-explains-why-he-is.html