DAP sentiasa sahaja menggunakan Islam dan pendirian Islam untuk menentang Islam

“Bukankah Lim Guan Eng yang menandatangani undang-undang mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan dua dozen lagi perkataan Arab?”


Apabila gabungan PAS-Semangat 46 menawan Kelantan pada tahun 1990, Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Hindu. Nik Aziz memberitahu mereka yang beliau telah melihat permohonan mereka untuk membina kuil telah yang dikemukakan pada zaman BN. Permohonan itu tidak diluluskan dan tidak pula ditarik balik. “Anda masih lagi mahu membina kuil itu?” Nik Aziz bertanya.

Sudah tentu mahu, balas mereka. “Jadi mengapa anda tidak datang bertemu saya jika anda masih ingin membina kuil itu?” tanya Nik Aziz.

Mereka menjawab yang permohonan itu telah dikemukakan pada zaman pemerintahan BN tetapi ianya tidak menerima kelulusan. Jadi mereka fikir dengan Kelantan di bawah PAS sekarang, tiada gunanya mereka memohon sekali lagi.

Nik Aziz meluluskan permohonan mereka tanpa sebarang publisiti mahupun sorakan.

Tidak lama selepas PAS menawan Terengganu pada tahun 1998, seorang pemimpin kanan gereja dari Kuala Lumpur telah menghubungi saya dan bertanya sama ada saya boleh mengaturkan pertemuan antara pemimpin gereja dengan Menteri Besar Tok Guru Abdul Hadi Awang. Mereka ingin membincangkan beberapa perkara dengan Tok Guru.

Saya aturkan pertemuan mereka dan pemimpin gereja terbabit telah pergi ke Kuala Terengganu untuk bertemu Hadi dengan niat untuk menyelesaikan beberapa isu yang tertangguh ketika Terengganu di bawah UMNO. Salah satunya adalah kebenaran untuk membina sebuah gereja di ibu negeri Terengganu.

Kesemua isu diselesaikan, termasuk kebenaran membina gereja.

Hadi kemudian memanggil orang Cina Terengganu untuk satu pertemuan untuk membincangkan rancangan kerajaan negeri untuk mengharamkan penjualan minuman keras dan perjudian terancang. Orang Cina memberitahu Hadi yang beliau tidak sepatutnya mengharamkan minuman keras (atau haramkannya hanya kepada orang Islam) tetapi kerajaan negeri boleh mengharamkan perjudian kerana ianya adalah penyakit sosial yang akan menyusahkan keluarga mereka yang ketagih berjudi. (tetapi orang Cina masih lagi boleh bermain mah jong atau berjudi suka-suka di kediaman mereka).

Apa yang anda faham dari hal ini?

Selagi anda membincangkan isu-isu ini secara berhemat dan di dalam ruangan tertutup, tidak menjerit dan mengadakan sidang akhbar dan menjadikannya isu politik, kebanyakkannya boleh diselesaikan. Tapi jika anda main politik, isu terbabit akan jadi isu politik.

DAP sentiasa sahaja menggunakan Islam dan pendirian Islam untuk menentang Islam dan menjadikan ia platform politiknya. Dan sebab itulah PAS, dan kadang-kala UMNO, bertindak balas secara politik juga. Jika anda jerit politik, politik lah yang anda dapat.

Sejarah membuktikan di Kelantan dan Terengganu, apabila PAS mentadbir negeri itu, orang bukan Islam berjaya memperolehi apa yang dimahukan yang kerajaan UMNO sendiri tidak boleh berikan. Tetapi mereka mesti duduk berbincang di belakang tabir dan merungkai persoalan bagaimana kemahuan mereka boleh dituruti atau apa yang boleh dilakukan sebagai kompromi supaya ianya menjadi situasi menang-menang.

Tetapi itu bukan cara DAP. DAP perlu memanggil sidang akhbar (sekurangnya 2-3 kali sehari). DAP perlu mengeluarkan kenyataan rasmi (5-6 kali sehari). DAP perlu mengeluarkan cabaran di depan penyokong mereka ketika ceramah (setiap hari). DAP perlu memberontak dan menunjukkan ia sedia untuk melawan. DAP perlu menunjukkan kepada orang Cina yang mereka berjuang untuk orang Cina dan MCA serta Gerakan adalah parti suruhan UMNO.

Secara ringkasnya, DAP sedia berperang dan ingin menunjukkan kepada dunia hanya DAP dan tiada lain selain dari DAP akan menjadi pelindung untuk orang Cina dari agama jahat yang dipanggil Islam. Tunjukkan saya satu parti selain dari DAP yang berani mencabar Islam. Itulah mesej yang ingin disampaikan oleh DAP selama ini.

Dan ianya menjadi semakin penting selepas pilihanraya negeri Sarawak dan dua pilihanraya kecil baru baru ini. Dengan prestasi yang sangat teruk, DAP tidak lagi boleh berkata yang ia memiliki 95% undian cina. Dan sokongan Melayu yang dimiliki oleh PAS juga telah hilang dan PAN terbukti bukan pengganti PAS seperti yang dijangkakan DAP.

DAP perlu memperkasakan lagi retorik anti Islam mereka untuk cuba memenangi kembali sokongan Cina. Jadi Islam perlu ditampilkan sebagai ancaman kepada orang Cina dan hanya DAP yang ada untuk mempertahankan mereka. Dan sebab itulah Rang Undang-Undang Pindaan Mahkamah Syariah telah disebut oleh DAP sebagai Rang Undang-Undang Hudud. Dan DAP menambah, sebaik ia diwartakan, orang bukan Islam boleh disabitkan dengan hukuman di bawah undang-undang Hudud.

Dan hanya DAP boleh menyelamatkan orang Cina dan bukan Islam dari perkara itu. Jadi sangat penting untuk 95% orang cina dan bukan Muslim mengundi mereka pada PRU14 kelak.

Tetapi benarkah? Bukankah Lim Guan Eng yang menandatangani undang-undang mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan dua dozen lagi perkataan Arab?

Adakah DAP bukan rakan di dalam kerajaan Pakatan Selangor? Jadi mengapa DAP tidak meminta Menteri Besar Azmin Ali mengemukakan rang undang-undang di dalam DUN Selangor untuk memansuhkan undang-undang yang melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah?

Atau mengapa tidak ADUN DAP sendiri yang mengemukakan rang undang-undang persendirian di DUN Selangor, seperti yang dilakukan Hadi di Parlimen untuk perkara di atas?

Lebih penting, mengapa orang Cina dan bukan Muslim masih lagi belum menyedari perkara ini?

Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/when-dap-declares-islam-the-enemy/