Jika Amerika Syarikat memilih saman jenayah maka beban untuk membuktikan kesalahan akan terletak di bahu pendakwa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata pengumuman DOJ menimbulkan kekeliruan kerana maklumat lanjut yang tidak mencukupi.

“Ini adalah saman sivil dan bukannya tindakan jenayah walaupun ini tidak bermakna bahawa kemudian nanti, ia juga boleh meliputi tindakan jenayah jika cukup bukti jenayah diperoleh,” katanya.

Menteri itu berkata jika Amerika Syarikat memilih saman jenayah maka beban untuk membuktikan kesalahan akan terletak di bahu pendakwa.

“Dalam kes ini mereka memilih saman sivil dan selepas membeku atau merampas aset tertuduh, tertuduh perlu membuktikan bahawa aset-aset itu adalah sah dan tidak diperoleh secara haram.

“Ini memindahkan beban untuk membuktikan daripada pendakwa ke atas tertuduh,” katanya.