Kami menggesa DAP mengambil lebih banyak masa untuk berunding dan memikirkan semula tentang pilihan raya

Berani Kak Wan dan PKR menentang kehendak Tokong untuk mengadakan pilihan raya negeri mengejut sebelum tarikh mahkamahnya?


KENYATAAN MEDIA

19 Julai 2016

Biropolitik KEADILAN telah mengadakan mesyuarat mingguan pada malam ini untuk membincangkan beberapa isu termasuk isu cadangan untuk mengadakan pilihanraya tergempar (“snap elections”) di Pulau Pinang.

Biropolitik KEADILAN berpendirian bahawa kami belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihanraya tergempar.

Namun, pimpinan KEADILAN bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu ini.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,
Presiden KEADILAN.



Tetapi BERSIH juga tidak bersetuju! Adakah ini seperti pemberontakan terhadap Tokong?



Kata BERSIH, pihaknya amat bimbang dengan khabar angin itu dan menuntut parti itu menjelaskan tujuan dan keperluan untuk pilihan raya negeri lebih awal.

“Kami menggesa DAP mengambil lebih banyak masa untuk berunding dan memikirkan semula tentang pilihan raya mengejut ketika negara kini dalam masalah kepemimpinan untuk berdepan isu tadbir urus dan resolusi mengenai bebanan ekonomi.

“Sebagai sebuah parti politik yang mendakwa bertanggungjawab, sekarang adalah masa untuk DAP libatkan diri dengan pengundi dan memberi tindak balas yang boleh diterima, jika tidak, mereka harus melupakan idea untuk mengadakan pilihan raya mengejut,” katanya dalam kenyataan, hari ini. http://www.malaysiakini.com/news/349113



Jangkakan yang RBA akan mula menyerang BERSIH dan PKR sekarang.

Sementara itu, PAN berdiam diri – mungkin menunggu arahan selanjutnya daripada Tokong bagaimana untuk memberi respon.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1832154753669977