Kesemua 37 Ahli Parlimen dan 99 Adun DAP berdiri teguh di belakang pemimpin mereka

Antara perkara yang paling hangat dibincangkan ketika musim raya tahun ini adalah berkenaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Selepas didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah pada 30 Jun, semua orang tertanya-tanya sama ada beliau akan bercuti atau kekal di jawatannya pada waktu beliau menghadapi tuduhan rasuah.

Perbualan saya dengan rakan-rakan saya menghasilkan pendapat yang berbeza. Ada yang mempersoalkan beliau kerana tiba-tiba membeli kediaman itu setelah menyewanya bertahun-tahun. Seorang lagi, ejen hartanah berpendapat sewa RM5,000 itu sangat murah. Pada kadar ini, adalah lebih baik jika Guan Eng terus menyewa dari membelinya.

Peguam hartanah pula berpendapat harga yang tertera di dalam perjanjian jual beli itu secara kasarnya jauh lebih rendah dari harga sebenar. Dengan jurang harga yang begitu besar, adalah pelik Guan Eng tidak memfailkan bantahan duti setem di dalam tempoh 30 hari.

Kontraktor pula berkata, kos pembinaan semakin meningkat naik saban tahun. Adalah mustahil untuk mengubahsuai banglo bersaiz sedemikian dengan hanya beberapa ratusan ribu ringgit. Akhirnya seorang pemaju hartanah bersuara. Beliau lega berkenaan bagaimana seorang broker menawarkan satu projek pembangunan untuk dibangunkan iaitu apartmen servis di tanah seluas satu ekar di tengah-tengah Georgetown. Nasib baik pemegang saham dan beliau menolak tawaran itu. Kami semua mentertawakan beliau kerana berjaya mengelak dari terjebak dengan projek itu.

Ketika semua orang mempunyai mendapat sendiri mengenai dakwaan ke atas Guan Eng, semua orang bersetuju yang Guan Eng tidak patut membeli rumah itu. Malah jika ada balasan yang diberikan dan layanan yang istimewa diberikan kepada Phang Li Koon dan syarikat beliau sekalipun, apa yang perlu beliau lakukan adalah mengisytiharkan yang beliau menyewa sebuah hartanah dengan Phang Li Koon dan beliau akan selamat dari segala dakwaan. Malangnya, dengan membeli banglo pada harga yang cukup murah dari Phang Li Koon dan memindahmilik nama ke atas nama beliau, satu dimensi baru telah wujud di dalam kes ini. Ianya penghubung penting yang hampir mustahil untuk dipadamkan.

Sama ada Guan Eng menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri di dalam urusannya dengan Phang Li Koon masih belum diketahui. Siasatan dijalankan oleh polis dan SPRM. Sebarang bukti yang dikumpulkan akan digunakan di dalam pendakwaan oleh Peguam Negara. Dan ianya akan mengambil masa berbulan malah bertahun untuk mahkamah merungkai kes ini. Sehingga masa itu tiba, secara perundangannya, Ketua Menteri tidak perlu meletak jawatan kerana beliau dipilih rakyat melalui proses demokrasi. Walaubagaimanapun, kecekapan beliau mentadbir negeri dan dalam masa yang sama mengharungi proses proses perundangan di mahkamah boleh dipersoalkan.

Adalah sangat menarik apabila kesemua 37 Ahli Parlimen dan 99 Adun DAP berdiri teguh di belakang pemimpin mereka, tanpa seorang pun mempersoalkan adakah beliau benar-benar tidak bersalah. Ia membuatkan kita tertanya-tanya adakah mereka mengorbankan kejujuran mereka untuk mempertahankan seorang pemimpin. Dengan menyokong Guan Eng, DAP membuka kemungkinan untuk setiap MB dan Ketua Menteri dari Perlis ke Sabah untuk memperoleh hartanah di bawah harga pasaran dengan sah sebagai pertukaran untuk kontrak dan tanah. Adakah DAP ingin menyokong menghalalkan rasuah?

Dengan PRU akan berlangsung tidak lama lagi, saya menggesa YAB Lim supaya tidak meletak jawatan. Saya ingin melihat Ketua Menteri Pulau Pinang, sebagai pembela ketelusan, berkempen menggunakan platform anti rasuah DAP ketika beliau sendiri menghadapi kes rasuah. Tidak pernah di dalam sejarah negara ini begitu ramai pemimpin Ahli Parlimen dan Adun DAP sanggup memperjudikan karier politik mereka untuk seorang pemimpin.

Oleh Kong Len Wei,
Ahli Majlis Perbandaran Manjung,
Pengerui Biro Profesional Muda, Pemuda MCA Perak.
http://www.malaysia-today.net/why-lim-guan-eng-should-not-resign-as-the-chief-minister-of-penang/