Kesian Tun Dr Ling kena tipu dengan Tun Dr Mahathir.

Kesian Tun Dr Ling kena tipu dengan Tun Dr Mahathir. Apakah Pro-Tun selepas ini akan menghina Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dengan mengatakan Yang Arif berkenaan makan dedak?


Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak afidavit Mantan Perdana Menteri 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menyokong permohonan pernyataan pembelaan bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik bagimembatalkan saman Perdana Menteri, DS Najib Razak.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin memutuskan bahawa afidavit Dr Mahathir itu adalah keterangan dengar cakap atau khabar angin (“hearsay”) yang tidak menyatakan sebarang sumber ia diperolehi. Menurut peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun, Tun Dr Mahathir TIDAK menyatakan sumber maklumat, alasan dan sama ada beliau mempunyai pengetahuan peribadi apabila mendakwa “Najib mengambil wang rakyat dari 1MDB.”

Dalam perenggan kedua afidavit Mahathir, dia mengakui apa yang beliau katakan dalam dokumen berkenaan adalah berdasarkan kepada pengetahuan yang dimilikinya, bagaimanapun, beliau GAGAL menyatakan SUMBER maklumat peribadi yang diperolehinya. Mahkamah turut mendapati kandungan afidavit sokongan oleh Dr Mahathir penuh dengan elemen yang boleh menimbulkan perbalahan kerana tidak menyatakan sumber.

“Dengan keputusan ini, afidavit berkenaan akan dipadamkan daripada permohonan Ling untuk membatalkan saman Najib.” Mahkamah juga mengarahkan Ling untuk membayar kos sebanyak RM5,000.

Mahkamah, katanya menetapkan 24 Ogos ini untuk mendengar permohonan Tun Dr Ling bagi membatalkan saman DS Najib yang difailkan pada 27/10/2015 berikutan kenyataan DS Dr Ling dalam portal Malay Mail bertajuk ‘MCA’s Liong Sik joins call for Najib’s ouster for allegedly putting people’s money in his own pocket’ yang menuduh Najib menyalahgunakan dana syarikat pelaburan kerajaan, 1MDB bagi tujuan peribadi.

Dalam samannya, Najib mendakwa Ling secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya semasa menghadiri satu upacara di sebuah kolej universiti yang disiarkan dalam portal berita pada 03/10/2015.

Kesian Tun Dr Ling kena tipu dengan Tun Dr Mahathir. Apakah Negarawan turut membuat Akuan Berkanun palsu seperti mana yang dilakukan oleh Phang Li Khoon? Bolehkan pihak polis menyiasat Akuan Berkanun palsu ini seperti mana siasatan yang dijalankan ke atas Phang Li Khoon? Apakah Pro-Tun selepas ini akan menghina Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dengan mengatakan Yang Arif berkenaan makan dedak?

Sumber: http://khairulryezal.blogspot.my/2016/07/tun-dr-mahathir-bapa-andaian.html