Lim Guan Eng, pada bulan Januari 2015 pernah menghina Kerajaan PAS berkaitan masalah banjir

Mungkin ramai yang membuat komen kenapa salahkan Tokong kerana berlakunya banjir di Pulau Pinang. Ini jawapannya.

Tokong sebelum berkuasa, sembang punyalah kencang. Di dalam petikan artikel Malaysiakini bertarikh 15/12/2013, Joseph Lim Guan Eng mendabik dada berjanji mampu untuk menyelesaikan masalah banjir di Pahang dalam tempoh satu penggal sahaja jika diberi peluang memerintah Kerajaan Persekutuan. https://www.malaysiakini.com/news/249405

Lim Guan Eng, di dalam bulan Januari 2015 pernah menghina Kerajaan PAS Kelantan berkaitan masalah banjir. Memetik berita MalaysiaKini di sini:

“Menurut laporan Sin Chew Daily, Lim membangkitkan bahawa, sesebuah kerajaan negeri perlu berkemampuan untuk melaksana tanggungjawabnya semasa menghadapi bencana.”

“Bebas rasuah itu penting, tetapi lebih penting ialah boleh buat kerja. Kalau tidak mampu buat kerja, apa kamu dapat? Bila banjir besar berlaku, kamu lihat. Macam tak ada kerajaan. Kenapa? Kerana tidak boleh buat kerja. Jadi bebas rasuah (sahaja tidak cukup), kena boleh buat kerja. Jika tidak boleh buat kerja, lebih baik jangan jadi kerajaan,” kata Lim seperti dipetik dalam laporan itu.” https://www.malaysiakini.com/news/287720

Hakikatnya tahun ini sudah masuk dua penggal DAP memerintah Pulau Pinang dan beliau sendiri menjadi Ketua Menteri. Masalah banjir kilat yang teruk di Teluk Bahang, Batu Feringgi dan Batu Maung termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang semalam masih tidak mampu hendak diselesaikan. Ini masalah banjir kilat bukannya banjir besar.

Oh ya! Anda semua sudah lupakah? YB DAP Ng Wei Aik cakap banjir di Pulau Pinang sudah selesai. Sudah selesaikah? https://goo.gl/J5jso1

Sumber: http://khairulryezal.blogspot.my/2016/07/hello-kitty-kirim-salam-dengan-tokong.html