Maka jelaslah ini semua hanya proses nak menyusahkan rakyat semata-mata bukan nak menyenangkan

Banyak pihak termasuk dalam pakatan pembangkang sendiri mempersoalkan keperluan untuk mengadakan pilihanraya negeri mengejut di Pulau Pinang lanjutan dari 2 pendakwaan rasuah yang dihadapi Ketua Menterinya.

Tak hairanlah bantahan ni ada sebab lagi 2 tahun saja sebelum nak pilihanraya umum sekali lagi, nak diadakan pilihanraya negeri, apa keperluan mendesaknya? Menghabiskan duit rakyat saja. Kenapa tak guna saja prosedur dalaman untuk menguruskan hal macam ini tanpa menyusahkan dan menghabiskan duit rakyat?

Belum lama pun, baru beberapa bulan sebelum ini saja ADUN DAP Teluk Panglima Garang di Selangor, dipecat dari parti kerana kesalahan menggelapkan wang peruntukkan DUN nya, tak masuk mahkamah pun tapi tindakan boleh pulak diambil.

Kenapa yang ini kena bersusah payah nak adakan pilihanraya kecil, ambik sajalah tindakan sama macam ADUN DAP yang disebutkan diatas. Apa masalahnya? Atau takut nak mengusik Guan Eng tu di dalam parti, maklum sajalah, dia Setiausaha Agung, bapaknya penasihat, pasal itu ke?

Ini masalah anak beranak pegang jawatan tertinggi dalam parti, masa takde apa oklah, bila dah jadi masalah macam sekarang, rakyat pulak yang dibebankan. Dulu kita cakap, masing-masing buat pekak.

Seperkara lagi, kalau menang pun dalam snap poll tu, bukannya boleh terlepas dari pendakwaan sebab dua itu adalah proses yang berbeza. Lainlah kalau menang pilihanraya dan pendakwaan digugurkan, berbaloi jugaklah, masalahnya tak wujud undang-undang macam itu.

Maka jelaslah ini semua hanya proses nak menyusahkan rakyat semata-mata bukan nak menyenangkan dimana. Bising kata kerajaan BN bazir duit untuk itu dan ini tapi yang dia buat snap poll bila tidak ada keperluan untuk berbuat begitu, takde apa masalah pulak?

Ada lebih baik untuk yang terlibat mengaku salah saja di Mahkamah dan kemudian memohon hukuman yang lebih rendah. Selepas itu, guna peluang yang ada untuk memperbaiki imej sebelum PRU14 tiba.

Itu lagi baik, siapa pun tak susah.

Sumber: http://www.mykmu.net/2016/07/untuk-apa-pilihanraya-negeri-di-pulau-pinang/