Mana-mana dakwaan berhubung 1MDB perlu ditangani dengan berhati-hati

Aduan Awam Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat:

1MDB telah menjadi bahan serangan bermotifkan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini bertujuan untuk menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Terlalu banyak tuduhan seperti kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya RM42 bilion lesap, telah kemudian dibuktikan tidak benar – dalam hal ini pengesahan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang dwipartisan.

Ini bermakna mana-mana dakwaan berhubung 1MDB perlu ditangani dengan berhati-hati mengikut proses undang-undang dan mematuhi prinsip tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

Tiada siapa yang patut terburu-buru menghakimi sebelum tuduhan terbukti di mahkamah.

Derma kepada perdana menteri adalah suatu perkara berasingan.

Selepas siasatan menyeluruh oleh banyak pihak berkuasa, telah disahkan bahawa dana itu adalah derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi seperti yang dinyatakan oleh menteri luar Arab Saudi pada 14 April.

Oleh Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi Dan Multimedia
http://sskeruak.blogspot.my/2016/07/united-states-department-of-justice.html