Sebarang salahlaku yang dapat dibuktikan, undang-undang akan dilaksanakan tanpa pengecualian.

Pihak berkuasa Malaysia sudahpun menerajui siasatan terperinci terhadap 1MDB. Syarikat ini sudah disiasat secara terperinci di negara ini termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) yang berkecuali serta turut melibatkan anggota parti pembangkang. Selepas kajian menyeluruh, Peguam Negara mendapati tiada jenayah itu dilakukan. 1MDB ketika ini masih lagi dalam siasatan oleh Polis Diraja Malaysia.

Kerajaan mengambil maklum mengenai saman awam dilakukan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat terhadap pelbagai aset dan akan bekerjasama penuh terhadap apa jua siasatan berlandaskan undang-undang ke atas syarikat Malaysia atau rakyatnya mengikut protokol antarabangsa.

Sebagaimana yang tetap ditegaskan Perdana Menteri, sebarang salahlaku yang dapat dibuktikan, undang-undang akan dilaksanakan tanpa pengecualian.

21 Julai 2016,
Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad,
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri.