Seorang lagi pemimpin DAP kalah saman fitnah – kali ini Ahli Parlimen Raub dan terpaksa secara terbuka memohon maaf.

Seorang lagi pemimpin DAP kalah saman fitnah – kali ini Ahli Parlimen Raub dan terpaksa secara terbuka memohon maaf.

Para pemimpin DAP telah kalah banyak juga kes fitnah baru-baru ini – termasuk Tokong sendiri yang telah kalah 3 saman fitnahnya berturut-turut antara 6-8 bulan lepas.

Raub adalah juga tempat di mana DAP telah membantah keras berkenaan “penggunaan cyanide membunuh rakyat di Raub setiap hari” sebelum pilihan raya PRU13 tetapi selepas mereka memenangi kerusi itu daripada MCA, cyanide secara misteri tidak lagi “membunuh rakyat di Raub setiap hari” walaupun operasi perlombongan emas terus berjalan tanpa sebarang perubahan.

Pelik.




Wakil rakyat DAP mohon maaf terhadap Presiden Perkasa.

Wakil Rakyat DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz hari ini memohon maaf kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kerana memfitnah bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi blognya pada September 2015.

Fitnah yang dibuat beliau terhadap Datuk Ibrahim itu berkaitan projek pembinaan Sistem Transit Aliran Ringan ( LRT) yang dimiliki syarikat George Kent menerusi blognya Sakmongkol AK47 pada 27 September 2015.

Permohonan maaf itu dibacakan di hadapan Hakim See Mee Chun di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Permohonan maaf oleh Ahli Parlimen Raub itu juga perlu diterbitkan di media merupakan sebahagian daripada terma penyelesaian kes saman fitnah oleh Presiden Perkasa itu yang difailkan pada 4 November tahun lalu.

Datuk Mohd Ariff juga diarahkan membuat permohonan maaf di media selain perlu membayar sejumlah wang yang belum dinyatakan jumlahnya selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Kes itu sepatutnya mula dibicarakan hari ini.

Sementara itu, Datuk Ibrahim dalam kenyataan ringkasnya menerima permohonan maaf yang dikemukakan oleh Mohd Ariff Sabri.

“Saya harap ini akan menjadi pengajaran kepada nya sebagai MP supaya dalam keghairahan berpolitik, tidak ambil mudah menuduh orang tanpa bukti,” katanya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/fitnah-wakil-rakyat-dap-mohon-maaf-terhadap-presiden-perkasa-111448

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1832328293652623