Dr Mahathir Maki Saya Tunku Abdul Rahman

Kalah di Kota Star Selatan, Dr Mahathir Maki Saya – Tunku Abdul Rahman

Sebaik sahaja kalah di Parlimen Kota Star Selatan kepada calon PAS, Yusuf Rawa pada Pilihan Raya 1969 Tun Dr Mahathir telah menulis surat kepada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

“Dia (Dr Mahathir) buat surat kepada saya, tapi diedar beratus ribu salinannya kepada semua orang, tentera-tentera, polis, orang-orang kebanyakan ini diedarkan.

“Dan dimaki saya dalam (surat) itu, dengan berbagai-bagai perkataan. Saya ini dibenci oleh semua orang Melayu,” kata Tunku Abdul Rahman dalam satu rakaman.


Baca juga: “Dr Mahathir Musnahkan Seluruh Pengorbanan Saya Sejak 17 Tahun Lalu” – Tunku Abdul Rahman
Baca juga: Drama & Sandiwara Tun Mahathir Keluar UMNO

Dr Mahathir Maki Saya Tunku Abdul Rahman

Ketika Dr Mahathir menghantar surat itu Tunku Abdul Rahman merupakan Presiden UMNO yang kedua.

Ketika itu juga, Lim Kit Siang merupakan Ahli Parlimen Kota Melaka yang mengambil alih jawatan Setiausaha Agung DAP.


Baca juga: Mahathir gunakan ayah saya untuk pecat Tun Salleh – Tunku Abdul Majid Sultan Iskandar