BR1M Beli IRIZ, Jadilah Pembangkang Bukan Pembangang

BR1M Beli IRIZ, Jadilah Pembangkang Bukan Pembangang

Semalam ramai kena ‘darah tinggi’ pasal berita, guna BR1M beli Proton IRIZ.

Habis dimakinya, duit RM1,200 nak beli IRIZ apanya. Gila punya kerajaan! Bangang rosmah!(tiba-tiba), Menteri hitam bangang (astaga).

Pertama sekali, pakcik hitam manis ini bukanlah Menteri, dia KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) di Kementerian Kewangan, Tan Sri Irwan Siregar Abdullah.

Itulah, bila orang suruh tengok bajet, berkicap kau maki Najib sebab dia berpantun. Haha.

Mari abang nak beritahu,

Melalui Bajet 2017, kalau kau dapat BR1M RM1,200 itu, kau boleh pilih untuk dapat tambahan RM4,000 lagi untuk diberi dalam bentuk rebat kereta dan BR1M RM1,200 itu ditukarkan sebagai downpayment kereta, dengan syarat kau beli kereta IRIZ.

BR1M Beli IRIZ, Jadilah Pembangkang Bukan Pembangang

Jadi bila kau dah ada kereta itu, kau bawalah UBER sambilan, dapat duit bayarlah kereta itu.

Aku kira-kira, secara kasarnya kau kena bayar RM452 kereta itu sebulan. (Selepas rebat, harga kereta jadi RM41,100)

BR1M Beli IRIZ, Jadilah Pembangkang Bukan Pembangang

Ok mana nak dapat duit RM452 itu? Orang dapat BR1M mana ada duit.

La tanya pula, bawalah UBER kereta itu part time, bersepah orang asyik promosikan hasil UBER seminggu RM1,+++ itu apa benda pula?

Kau bising BR1M itu rasuah kan? Azmin kata, kerajaan kena bagi insentif ‘pancing’ bukan duit.

Ha ambil, ini betul-betul klasik “beri batang joran bukan ikan” punya jenis insentif. 

Apa lagi kau mahu? Negara mana lagi yang bagi baik punya skim macam ini? UBER dibenarkan, kereta disubsidi/rebat pula.

Inilah masalahnya orang kita, tak dinafikan Najib memang ada caca-merbanya, tapi kalau semua benda nak dikondemnya termasuklah benda-benda bagus macam ini, kemudahan macam ini kau kutuk?

Apa benda yang kau nak sebenarnya? Kangkang dekat rumah dapat duit ke? Haha.

Jadilah Pembangkang bukan Pembangang.

Ambil contoh pakcik den ini, dia ini memang pembangkang tegar, tapi dia bukan jenis baca tajuk hentam semua.

Insentif/rebat/bantuan ke apa memang dia akan sebat dulu. Dia bijak. Jadilah macam dia. Haha.

BR1M Beli IRIZ, Jadilah Pembangkang Bukan Pembangang

Adios.

Sekian.

p/s: Kalau malas dan kau rasa benda ini merapu kau tak payah/jangan ambil skim ini. Kau sebat saja RM1,200 buat belanja bini beli handphone baru. Kah kah kah.

Oleh Khairul Azri