Mahathir, FDI Bukan Hanya Bererti Kilang

Mahathir, FDI Bukan Hanya Bererti Kilang

Tulisan terbaru Dr Mahathir dalam blognya menunjukkan pendirian tidak konsistennya serta kurang faham tentang pelaburan langsung asing (FDI). Beliau juga tidak faham tentang kedaulatan.

‘Tanah asing’ merujuk kepada kedaulatan. Di UK, khususnya di London, mungkin satu contoh yang baik di mana banyak hartanah dimiliki oleh orang asing. Tetapi UK masih mempunyai kedaulatan ke atas semua hartanah itu. Hanya dalam kes-kes kedutaan asing ianya berbeza.

Mahathir, FDI Bukan Hanya Bererti Kilang

Sekiranya orang asing dibenar membeli tanah di Malaysia, ia akan meningkatkan nilai hartanah itu. Tetapi, perbuatan itu tidak memberi kedaulatan kepada orang asing terhadap tanah yang mereka beli. Tanah berkenaan tetap terletak di bumi Malaysia.

Menarik FDI boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk. Ia boleh jadi kilang pembuatan, syarikat perniagaan, pelaburan hartanah, resort, kelab dan lain-lain. Kesemuanya menarik FDI. Mahathir entah bagaimana mempunyai tanggapan bahawa FDI hanya bererti kilang-kilang. Walau padang golf yang dibuka oleh warga asing juga menarik FDI.

Kehadiran ramai orang asing di sesebuah negara sudah tentu mengubah struktur sosial negara berkenaan. Itulah sebabnya lebih 50% rakyat Britain mengundi menyokong Brexit. Tetapi, apakah yang dimaksudkan Dr Mahathir mengenai kesan besar terhadap landskap politik negara ini pada masa akan datang? Boleh tak beliau menyebut secara khusus? Apakah sebenarnya yang beliau maksudkan? Adakah beliau bercakap tentang kuasa politik orang Melayu?

Mahathir adalah orang yang mengatakan bahawa Umno mesti dikalahkan dalam pilihan raya umum akan datang. Sekarang beliau berkata sebaliknya pula. Jadi, apakah sebenarnya yang Dr Mahathir mahu? Dr Mahathir mahu mengubah landskap politik Malaysia, tetapi bersungut pula tentang kemungkinan orang asing akan mengubah landskap politik di negara ini.

Oleh Salleh Said Keruak,

Menteri Komunikasi dan Multimedia.